wfauzdin.blogspot
TAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17.
Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan
untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu
masih bernyawa terlalu tipis.
Malam tadi Najib muncul di kaca TV. Menyuarakan rasa sedih teramat
beliau. Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu
pun bermuhasabah, biarkan saja. Rakyat sudah naik pelik dengan
bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib. Tetapi ada yang
menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib.
Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini. Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi. Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.
Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini. Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi. Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.
Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen
berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang
membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini. Siasatan
mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti. Ertinya,
Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini.
Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi
membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan
yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas? Alasan kononnya
tragedi itu di dalam siasatan. Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga
sedang disiasat? Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen?
Tentu ada sebab musababnya.
Tragedi MH370 terlalu banyak persoalan yang pastinya Najib amat bimbang
untuk berdepan dengan kenyataan yang memalukan pentadbiran beliau.
Banyak fakta yang kacau bilau tentunya merimaskan Najib untuk menjawab
jika dibawa ke Parlimen. Di Parlimen ada soal jawab, tidak boleh
berbohong. Berbeza dengan sidang media dengan wartawan, Najib boleh
saja menolak soalan dari mana-mana wartawan.
Tragedi MH17 ada beza. Kita tidak persoalkan banyak perkara kerana
semua maklum pesawat itu mungkin ditembak samada oleh puak pemisah,
Ukraine atau pun Russia. Sebabnya, mungkin tersalah sasaran. Mudah
rakyat mahu faham tragedi ini. Berbeza dengan tragedi MH370 yang banyak
cerita pelik dan kadangkala lucu yang kita dengar. Maka itulah
sebabnya Najib tidak mahu bahaskan tragedi MH370.
Kelemahan ketara Najib ini lah sepatutnya rakyat berfikir bahawa memang
wajar sangat Najib meletakkan jawatan. Kita tidak boleh lagi menerima
PM yang 'flip-flop' sebegini. Tiada keberanian dan ketegasan jauh
sekali konsisten di dalam menyelesaikan sesuatu isu. Apa yang boleh
menunjukkan kelemahan beliau, sedaya upaya beliau akan sorokkan. Apa
yang boleh menunjukkan beliau hebat kononnya, cepat saja beliau ingin
lakukan.
Kita tunggu di Parlimen nanti. Najib jangan harap Pakatan Rakyat boleh
melupakan tragedi MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa
sebenarnya yang berlaku.
No comments:
Post a Comment