Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin berkata adalah tidak logik kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat sebaran palsu di dalam laman sosial Facebook, Whatsapp dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.
Katanya tindakan itu tidak memberi sebarang manfaat kepada Abdul Khalid, Kerajaan Negeri dan PKR.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang menyebarkan mengenai peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam dilakukan oleh kem menteri besar Selangor itu sendiri.
Shuhaimi berkata, isu itu mungkin sengaja diwujudkan pihak tertentu, namun enggan mendedahkan dalang yang menyebarkan SMS berkenaan
“Kalau kamu kata datang dari kem Menteri Besar (MB), saya nak tanya YB Shuhaimi, apa faedah yang MB dapat dengan kenyataan palsu semalam sedangkan MB merupakan pihak yang terkesan.
“Saya tidak mahu tuduh mana-mana kem dan saya juga tidak ada bukti tetapi ini kenyataan melulu, tidak bertanggungjawab dan melampau oleh YB Shuhaimi,” kata Azman ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Kata Azman lagi, pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu itu juga seolah-olah nekad memburukkan imej Abdul Khalid apabila dengan berani menggunakan nama agensi berita nasional, Bernama.
Semalam, orang ramai dikejutkan dengan penyebaran berita palsu di media sosial Facebook, Whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun maklumat yang kononnya dikeluarkan Bernama itu dinafikan agensi itu dan Abdul Khalid sendiri.EZY

No comments:
Post a Comment