MALAYSIAKINI
Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas
Kerajaan
Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan
bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas pesawat Malaysia
Airlines MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk di timur negara itu.
Laporan Bernama menyebut, duta Ukraine ke Malaysia Ihor V Humenyyi
berkata pihak berkuasa negara itu dan kumpulan pemisah – yang menguasai
wilayah berkenaan – bersetuju untuk tidak mengadakan pertempuran di
kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk membolehkan siasatan
berjalan.
“Saya pasti segalanya sudah dijalankan untuk memastikan keselamatan
pasukan itu,” katanya yang menambah, pihak berkuasa turut mengutamakan
pasukan siasatan dari Malaysia.
Katanya, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv – beberapa ratus kilometer dari kawasan itu – demi menjaga keselamatan mereka.
Para waris itu akan menunggu di situ bagi menunggu hasil operasi mengeluarkan mangsa dan bahan bukti dari kawasan nahas.
No comments:
Post a Comment