MALAYSIAKINI
Pasukan penyiasat antarabangsa menuntut agar pencarian lebih teliti
dijalankan di kawasan nahas pesawat MH17 selepas anggotanya menemui
cebisan mayat dan serpihan bangkai pesawat sejak dua hari lalu.
Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, Michael Bociurkiw
dilaporkan berkata, ia perlu dijalankan bagi memastikan tiada bahagian
penting yang tertinggal.
“Dua hari berturut-turut kami menemui banyak lagi cebisan mayat, tidak banyak, tetapi ia menunjukkan ia berada di situ...
“...pencarian lebih teliti di seluruh kawasan mungkin perlu dijalankan
untuk memastikan tiada apa yang tertinggal,” katanya seperti dipetik
dalam laporan ABC News.
Bociurkiv berkata, pasukannya turut menemui serpihan badan pesawat yang masih boleh dimasuki, dengan tingap yang masih sempurna.
Laporan ABC juga menyebut, akses ke kawasan bencana itu masih berdepan
kesukaran kerana pemisah pro-Rusia menyekat akses dan mengganggu petugas
operasi.
Selain petugas OSCE, pakar dari Malaysia dan Australia juga telah mengunjungi kawasan nahas, lapor ABC.
No comments:
Post a Comment