MALAYSIAKINI
PAS Perak hari ini mempertikaikan pembatalan berterusan tanah rizab
Melayu di Lumut yang menurutnya menyebabkan kawasan itu hilang identiti
sebagai kawasan pelancongan.
Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (bawah)
berkata, pembatalan status itu di Teluk Senangin dan Teluk Rabiah
menyebabkan kawasan hutan tergadai dan pembangunan tidak seimbang.
“Kami
amat meragui kekerapan pembatalan status rizab tanah Melayu yang
dilakukan oleh kerajaan negeri atas alasan pembangunan atau pelancongan
atau yang terkini atas sebab perindustrian.
“Bagi kami akan terhakisnya entiti daerah Manjung sebagai salah satu
kawasan alam sekitar yang cantik yang menarik ramai pelancong untuk
hadir,” katanya.
Beliau membangkitkan perkara itu setelah kira-kira setahun tanah Teluk
Senangin seluas 14.67 hektar di mukim Lumut Manjung diwartakan
pembatalan status rizab Melayu pada Mac tahun lalu.
Beliau juga membangkitkan dua kes pembatalan tanah rizab Melayu di
kawasan sekitar itu pada April 2004 (89.83 hektar) dan Teluk Rabiah (163
hektar) untuk pembangunan komersial pada Julai 1989.
Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad mendesak penjelasan daripada kerajaan negeri atas keperluan pembatalan status itu.
Dewan itu juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan penjelasan dan
melahirkan kebimbangan mereka dengan situasi semasa itu.
No comments:
Post a Comment