MALAYSIAKINI
Peguam yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memaklumkan kepada Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka akan memohon untuk membatalkan saman
yang difailkan oleh balu dan anak-anak P Balasubramaniam.
Peguam-peguam untuk defendan lain, termasuk dua adik lelaki Najib,
turut membayangkan bahawa mereka juga akan memohon untuk membatalkan saman itu.
Berikutan ini, mahkamah menetapkan 6 Ogos untuk pengurusan kes bagi
defendan dalam kes itu memfailkan permohonan pembatalan tersebut.
Perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes hari ini di hadapan
Penolong Pendaftar Kanan Norfauzani Mohd Nordin. Balu Bala, A Santamil
Selvi, dan tiga anaknya diwakili oleh peguam Americk Sidhu.
Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka telah memfailkan saman itu, untuk
menuntut lebih RM1 juta, sebagai gantirugi dan kehilangan pendapatan
kerana Bala dan keluarganya terpaksa hidup dalam buangan di India akibat
daripada penarikan balik akuan berkanun oleh penyiasat persendirian
itu.
No comments:
Post a Comment