MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berazam untuk menyiasat tragedei
pesawat Malaysia Airline yang terhempas di Ukraini hingga ke akar umbi.
Najib yang kelihatan tenang dalam sidang medianya pagi ini berkata
beliau tidak dapat membayangkan apa yang dialami oleh para waris
individu dalam penerbangan tersebut.
“Ini adalah hari yang tragis, dalam tahun yang sudahpun tragis bagi Malaysia.
“Dalam usaha kita untuk memahami apa yang berlaku, ingatan kita dan doa
kita bersama keluarga dan rakan-rakan yang menaiki penerbangan tersebut.
“Saya tidak dapat bayangkan apa yang mereka alami dalam masa yang amat sukar ini,” katanya.
Katanya, Malaysia Airlines kini sedang dalam proses memaklumkan kejadian itu kepada para waris penumpang dan anak kapal.
“Kesemua keperluan akan disediakan kepada para waris,” katanya.
Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa 280 orang termasuk 23 rakyat
kita terhempas di timur Ukraine dalam kejadian hari Khamis.
Semakan di peta dalam talian menunjukkan kawasan bencana itu terletak
dekat bandar Krasnyi Luch di wilayah Luhansk Oblast di tenggara Ukraine.
No comments:
Post a Comment