AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan akan membuat bayaran
tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi
menampung perbelanjaan awal kepada waris dan ahli keluarga yang menunggu
berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam.
Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter berkata MAS juga bercadang untuk
membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine.
"Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.
MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada
Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari
lapangan terbang Schiphol Amsterdam.
Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.
No comments:
Post a Comment