MALAYSIAKINI
Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau
Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita
berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di
pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada
hari yang sama.
"Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas
tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan
kecederaan di badan wanita itu," katanya kepada pemberita di Johor
Baharu hari ini.
Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital di Johor
Baharu dan polis Johor telah menghubungi Interpol untuk memaklumkan
kejadian.
Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya.-Bernama
No comments:
Post a Comment