Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
SEPANG: Keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.
Sementara itu MAS turut membuka pusat operasinya di Hotel Shangrila Putrajaya bertujuan menyalurkan maklumat kepada keluarga krew MH17 mengenai tragedi malang itu.
Maklumat daripada sumber dalaman MAS itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai waktu taklimat berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.
No comments:
Post a Comment