Friday, July 25, 2014

MAS masih terbang di ruang udara penuh konflik



Oleh Sonia Ramachandran


 Tragedi yang menimpa pesawat MH17 MAS pada 17 Julai lalu sememangnya satu kejadian malang tidak berbau. Namun seperti biasa, jari ditunding bagi menyalahkan pihak-pihak tertentu di dalam insiden itu.MAS yang malap selepas kehilangan MH370 kini dibelenggu tuduhan terbang di ruang udara di daerah bergolak sedangkan syarikat penerbangan lain mengambil laluan berbeza, demi menjimatkan bahan api.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri LiowTiong Lai menafikan tuduhan itu sambil berkata laluan yang digunakan mendapat kelulusan ICAO dan IATA.

Akhbar The Guardian bagaimanapun berkata syarikat penerbangan lain termasuk British Airways, Qantas dan Cathay Pacific mengelakkan ruang udara tersebut beberapa bulan sebelum ini.

Ramai yang mengutuk MAS kerana masih menggunakan ruang udara tersebut walaupun wilayah Crimea diisytihar tidak selamat oleh badan penerbangan AS dan Eropah.

Time pula melaporkan FAA Amerika Syarikat melarang pesawat negara itu terbang di ruang udara bergolak di Ukraine dan Russia namun bukan di kawasan MH17 dibedil peluru berpandu.

Tetapi, akhbar The Guardian melaporkan pada 3 April bahawa Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah mengeluarkan buletin keselamatan sempena Eurocontrol dan nasihat ICAO akan mengelakkan ruang udara Crimea di selatan Ukraine.

Ia menyebut bahawa FlightRadar24, sebuah laman sesawang, menunjukkan 100 pesawat dari 60 negara terbang di daerah yang sama dalam tempoh seminggu sebelum kejadian nahas itu.

Jadi memanglah MAS tidak wajar dipersalahkan kerana sama seperti syarikat lain, ia terbang di ruang udara Ukraine.

Namun MH17 terbang selepas dua pesawat Ukraine ditembak jatuh di situ.

Dan kini Reuters melaporkan MAS telah mengalih laluannya ke ruang udara di atas Syria (pada 20 Julai) selepas ruang udara Ukraine ditutup.

Di dalam tweetnya bagi mengulas berita penerbangan dari Kuala Lumpur ke London MH004 terbang di ruang udara Syria pada jam 1.20 tengahari, MAS berkata “laluan tersebut dibuat mengikut kelulusan ICAO.”

“Mengikut Notis kepada Juruterbang yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Syria, ruang udara tersebut tidak ditutup. MAS berada di laluan yang mendapat kelulusan ICAO,” ujarnya.

Reuters pula memetik FAA sebagai berkata ruang udara itu di antara yang paling ketat dan tidak digalakkan bagi pesawat AS, menurut notis pada Mei 2013.

Perang saudara di Syria masih berlanjutan dan telah mengorbankan 170,000 nyawa sejak 2o11.

Wajarkah MAS mengambil risiko itu atau ia perlu menggunakan laluan lain yang jauh sedikit?
-Sumber http://bm.theantdaily.com

No comments: