KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kepemimpinan ulama memerlukan pemimpin pelapis yang boleh menghafal al Quran.
“Kita sudah menjana usaha ke arah itu sejak 23 tahun lalu, cuma untuk melahirkan mereka yang berkebolehan dalam siasah belum menyerlah lagi.
“Bagaimanapun insya Allah melalui tarbiah yang kita lakukan secara berterusan sejak 1990 kita mampu lahirkan pemimpin politik yang hafal al Quran,” katanya di sini.
Beliau berkata, selain jiwa penuh dengan al Quran mereka juga mempunyai kelayakan akademik seiring dengan keperluan semasa.
Menurutnya apa yang diusahakan kerajaan negeri dalam bidang pendidikan kini berjaya melahirkan pelajar cemerlang akademik dan syaksiah.
“Cuma mungkin mereka kurang mendapat pendedahan dalam kepemimpinan politik. Oleh itu kita berharap mereka menggunakan peluang di universiti bagi mengasah bakat kepemimpinan.
“Lebih-lebih lagi sekarang zaman langit terbuka dan media baru, jadi mereka perlu membuat persediaan lebih awal,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment