GENTING GAZA - PALESTIN: Lebih 40 askar Israel maut dalam insiden
pertempuran dengan sayap bersenjata gerakan Hamas yang tercetus sejak 8
Julai lalu.
Jurucakap Hamas memberitahu seramai 15 lagi askar rejim Zionis
terkorban ketika bertempur dengan Briged al-Qassam di timur Genting
Gaza.
Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan pada Jumaat lalu.
Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota
yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia
sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam.
No comments:
Post a Comment