SUBANG JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beranggapan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 15 Januari lalu, untuk menggugurkan beliau daripada jawatan Menteri Besar Selangor tidak wujud sementelah Setiausaha Agung parti itu sendiri menafikannya.
Ujarnya, Datuk Saifuddin Nasution sendiri menafikan keputusan seumpama
itu malah penafian tersebut turut dilaporkan kebanyakan media tempatan
termasuk portal berita.
Justeru Khalid berkata tiada keperluan untuk dirinya mengulas lebih lanjut mengeni khabar angin itu.
"Saya tidak merasakan apa-apa keputusan sebab keputusan (15 Januari)
itu telah dinafikan oleh Setiausaha Agung PKR dan kenyataan-kenyataan
itu telah dinyatakan dalam akhbar pada tarikh-tarikh yang sebegitu.
"Oleh sebab itu saya tidak perlu membuat apa-apa komen tentang perkara
itu," katanya ketika ditemui Antarapos selepas Majlis berbuka puasa
Menteri Besar bersama Media disini, malam tadi.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pada Selasa berkata
Khalid tetap akan digugurkan daripada jawatannya seperti ketetapan yang
dicapai pada mesyuarat parti, 15 Januari lalu.
Terdahulu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menyatakan perkara
yang sama dan menyifatkan Khalid mungkin 'terlupa' akan keputusan yang
sudah dicaai itu.
Ujarnya, ketika mesyuarat itu berlangsung, Khalid gagal hadirkan diri
walaupun ia diadakan khusus untuk membincangkan masalah kepimpinan
beliau.
Abdullah kemudiannya meminta Khalid merujuk minit mesyuarat pada tarikh
tersebut sebelum membuat sebarang penafian berhubung keputusan itu.
Gerakan untuk menjatuhkan Khalid bermula setelah Ahli Parlimen Bandar
Tun Razak itu dilihat gagal menangani isu-isu sensitif yang timbul di
Selangor.
Antaranya isu pengambilalihan industri air di Selangor, rampasan Bible
versi Melayu oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) dan cadangan pembinaan
Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment