MALAYSIAKINI
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada
Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri
besar selagi khidmatnya diperlukan.
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada
beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai,
tegas dan bertanggungjawab.
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas
sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan
Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat Kuala Selangor malam tadi.
Kelmarin Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu
bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul
Khalid.
Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu
dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah
pada satu-satu masa.-Bernama
No comments:
Post a Comment