MALAYSIAKINI
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima
cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan
mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
“Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat
tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa
terdekat.
“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan
menteri besar Selangor adalah daripada PKR,” menurut kenyataan bersama
tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng.
No comments:
Post a Comment