MALAYSIAKNI
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd
Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding
dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam
MH17.
Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain
pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.
Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan
pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.
"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.
"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," beliau dipetik sebagai berkata.
Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah
hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.
Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula
berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan
pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik,
dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu
sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.
No comments:
Post a Comment