MALAYSIAKINI
Kerajaan Australia sedang mempertimbang mengisytiharkan kejadian
menembak pesawat MH1 sebagai angkara pengganas dan memberi laluan kepada
keluarga mangsa nahas itu menuntut gantirugi sehingga AU$75,000
(RM224,000), lapor stesen televisyen Australia, ABC.
"Bayaran itu telah diisytiharkan untuk kejadian keganasan termasuk serangan 11 September dan pengeboman di Bali dan London.
"Pegawai-pegawai kanan perisikan telah mengesahkan bahawa mereka sedang
mencari maklumat mengenai pilihan itu," kata laporan itu, tanpa
menamakan 'pegawai-pegawai perisikan' tersebut.
MH17 diberikan 'laluan terus'
Sementara itu, akhbar Times of India melaporkan bahawa
juruterbang pesawat Air India terdengar pengawal trafik udara Ukraine
memberi kebenaran kepada MH17 untuk terbang "di laluan terus" dan
bukannya mengikut trek zig-zag di antara titik laluan pandu arah.
"Laluan terus menjimatkan bahan api dan masa dan lebih disukai oleh
juruterbang. Dalam kes ini, ia terbukti membawa maut," kata seorang
pegawai syarikat penerbangan itu yang tidak dinamakan yang disebutkan
sebagai berkata dalam laporan semalam, yang menambah bahawa arahan itu
diberikan beberapa minit sebelum MH17 ditembak.
Semasa MH17 ditembak, pesawat Boeing 787 Dreamliner yang terbang dari
New Delhi ke Birmingham hanya berada 25 kilometres dari MH17 - satu
jarak yang boleh dilalui pesawat dalam tempoh 90 saat.
Pengawal trafik udara Ukraine juga meminta penerbangan Air India cuba menghubungi MH17 selepas mereka gagal berbuat demikian.
"Apabila juruterbang itu tahu punca MH17 terhempas, mereka begitu
terkejut. Ia seperti orang yang berdiri di sebelah anda terkena peluru
tembak curi," sumber itu dilaporkan berkata,sniper, "sumber itu
dilaporkan berkata.
No comments:
Post a Comment