Oleh Aspan Alias
Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia m3333333333estilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.
Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab
kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini
telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang
menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar
dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari
salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan
kuasa.
Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini
disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu
terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang
sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu
perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.
Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera
Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di
pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan
saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal
ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan
bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk
menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.
Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak
ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang
udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan
mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh
pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka mengenali pesawat
itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan
‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu.
Dunia wajar mengambil ‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan
tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan
‘blame trading’ diantara satu dengan lain. Masing-masing yang berperang
wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan
negara yang tidak bersalah ini.
Di sini juga kita harapkan tidak ada ‘blame game’ diantara yang tidak
bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak
bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu
politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik
ini.
Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic
language’ yang tidak memalukan negara. Ini merupakan isu yang sangat
mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui
saluran diplomatik yang paling bersesuaian.
Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar
tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa
korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.
No comments:
Post a Comment