Friday, July 25, 2014

Ambiga: Hati-hati keluar kenyataan, Tun Hamid

MALAYSIAKINI



 


Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga mengingatkan bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad supaya mengawal kemarahan ekoran kenyataannya yang mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang.

Ambiga, peguam yang mengetuai NGO Negara-Ku, berkata hakim mesti berhati-hati mengeluarkan kenyataan sekalipun selepas bersara kerana ia boleh memberi kesan terhadap badan kehakiman.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan dalam satu forum di Pulau Pinang, Ambiga, bekas pengerusi bersama BERSIH, berkata sekalipun selepas hakim bersara, mereka diharap dapat mengurus diri mengikut cara yang tertentu.

"Mereka perlu melakukan (hal) ini supaya ia tidak beri kesan buruk terhadap badan kehakiman

"Ia seperti peraturan tidak bertulis tetapi di negara-negara lain, mereka sebenarnya mempunyai garis panduan itu," katanya bagi mengulas mengenai kenyataan Hamid itu.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang menolak dakwaan bekas ketua hakim negara dengan menyifatkannya sebagai "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak bergantung kepada khabar angin".

No comments: