Sabtu, 23 Jun 2018

Selepas Shahrir, giliran Berita Harian pula disaman

KEADILAN DAILY

c437d96f-c959-44b9-9ad9-5f504793e43e


Penerbit akhbar arus perdana Berita Harian iaitu The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd disaman fitnah sebanyak RM250 juta oleh sebuah syarikat, Synergy Promenade Sdn Bhd.

Synergy Promenade yang sebelum ini menyaman pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad sebanyak RM100 juta memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur demi “memulihkan reputasi syarikat”.

Ia memohon agar injunksi terhadap akhbar tersebut supaya tidak mengulangi kenyataan mereka dan meminta maaf berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan syarikat tersebut.

“Berita Harian telah mengenepikan prinsip kewartawanan yang adil dengan mengeluarkan laporan  tanpa maklumat yang tepat sehingga menyebabkan reputasi SPSB tercalar dan kehilangan projek besar yang sedang dilaksanakan.

“Berita Harian secara melulu telah membuat tuduhan bahawa SPSB telah secara salah memindahkan aset milik Felda sehingga menyebabkan Felda mengalami kerugian,” kenyataan Synergy dipetik.

Turut dinamakan dalam saman itu adalah wartawan Berita Harian, Che Wan Badrul Alias.

Saman tersebut telah difailkan oleh Tetuan Reza Rahim & Rajivan dengan diiringi Pengarah Pembangunan Perniagaan Synergy, Datuk Marina Hashim.

Synergy yang merupakan pemaju projek Kuala Lumpur Vertical City di Jalan Semarak sebelum ini menyaman Shahrir atas dakwaan membuat kenyataan mengelirukan terhadap syarikat itu antara Disember 2017 hingga Mac 2018.

Tiada ulasan: