Jumaat, 29 Jun 2018

Dr M mahu hidupkan projek kereta Malaysia-Indonesia

 
Dr Mahathir berkata idea itu pernah diketengahkan pada Februari 2015 semasa memandu uji kereta Proton dengan Joko Widodo yang duduk di bahagian penumpang hadapan.


Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi 2 hari ke Indonesia, negara pertama Asia Tenggara yang dikunjunginya selepas menyandang jawatan perdana menteri. (Gambar Reuters)


JAKARTA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan menghidupkan semula projek kereta Malaysia-Indonesia untuk pasaran Asean

Dr Mahathir berkata idea itu pernah diketengahkannya pada Februari 2015 semasa memandu uji sebuah kereta Proton dengan Presiden Indonesia Joko Widodo duduk di bahagian penumpang hadapan.

“Ketika itu, saya bukan lagi perdana menteri dan saya memandu 180km sejam di litar uji Sepang.

“Bapak Presiden (Jokowi) tidak merungut apa-apa (ketika kereta itu dipandu laju) ” kata beliau dalam sidang media bersama-sama Jokowi hari ini.
Sebelum itu, Jokowi ketika mengimbau pengalaman itu, berkata beliau tidak bimbang kerana yang memandu ialah Dr Mahathir.

“Saya tidak takut kerana pemandunya ialah Pak Mahathir,”katanya.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi 2 hari ke Indonesia, negara pertama Asia Tenggara yang dikunjunginya selepas menyandang jawatan perdana menteri susulan kemenangan menakjubkan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau akan pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Tiada ulasan: