KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai reaksi oleh netizen selepas memuat naik video isterinya, Datin Seri Nur Shahida sedang melahirkan anak keempat mereka di laman Instagram (IG).
Namun, kebanyakan mereka mengecam tindakan Aliff Syukri itu.
Antaranya bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail atau FBI yang tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video tersebut.
Faizal berpendapat, proses tersebut bukan untuk tontonan umum.
“Maaf, saya tak sokong upload saat-saat video isteri tengah bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun.
“Ia adalah saat sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah besabung nyawa. Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut,” katanya menerusi IG.
Meskipun tidak menamakan sesiapa dalam catatan itu, netizen menganggap ia ditujukan kepada Aliff Syukri.
Faizal berkata, alasan berkongsi video tersebut untuk memberi pengajaran kepada orang lain adalah sekadar mahu ‘halalkan perbuatan’.
“Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri.
“Harap tak de lagi yang buat. Mungkin perlu padangan dari pakar agama dalam hal ini,” katanya.
Aliff Syukri berkongsi detik kelahiran anaknya yang diberi nama Yusoff Al Qardawi di Instagram semalam.
Bayi lelaki seberat 3.15 kilogram itu selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta, kelmarin. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan