Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Sumber mengatakan lelaki berusia 59 tahun bergelar “Datuk” itu ditahan di pejabatnya tengahari tadi.
SPRM juga menyerbu tiga lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.
Menurut sumber, projek itu dianugerahkan kepada kontraktor menerusi proses tender biasa tetapi ia sengaja disabotaj menyebabkan kontraktor tersebut gagal melengkapkan projek.
“Projek itu kemudian diberikan kepada kontraktor lain dipercayai ada kaitan dengan suspek dan dipercayai (kejadian sabotaj) itu dirancang,” kata sumber.
CEO itu dijangka dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pagi esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan