Rabu, 27 Jun 2018

Dr Lee Boon Chye tolak jawatan timbalan menteri

THE MALAYSIAN INSIGHT
Dr Lee Boon Chye tolak jawatan timbalan menteri
Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye menerima panggilan daripada pembantu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu.– Gambar Youtube
 
NAIB Presiden PKR Dr Lee Boon Chye menolak pelantikannya oleh perdana menteri sebagai timbalan menteri kesihatan.

Ahli Parlimen Gopeng itu memberitahu Sin Chew Daily beliau menerima panggilan daripada Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan itu namun berhasrat mahu meneruskan sebagai pakar bedah jantung.

"Pembantu perdana mente ri hubungi saya, dan saya dengar suara PM berkata: 'Mahathir di sini'."

"Katanya beliau membuat keputusan untuk melantik saya sebagai timbalan menteri kesihatan. Saya berterima kasih kerana lantikan itu, tetapi saya mahu terus menjadi pakar bedah jantung," Dr Lee dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, keputusan itu turut disokong oleh isterinya.

Ditanya berhubung namanya yang masih tersenarai dalam senarai kabinet yang tular, beliau berkata, beliau akan mengulas sebaik sahaja menerima surat lantikan rasmi.

Dr Lee merupakan pelajar perubatan Universiti Malaya pada 1980 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Edinburgh di UK.

Beliau merupakan pengamal perubatan di Ipoh sejak 1994.

Tiada ulasan: