Sabtu, 30 Jun 2018

3,400 bakal haji tahun ini dari Kelantan

SINAR HARIAN

3,400 bakal haji tahun ini dari Kelantan


BACHOK – Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada musim haji tahun ini.

Ketua Pengurusan Strategik dan Transformasi Tabung Haji, Affan Mohd Nawi berkata, jemaah paling ramai ialah dari jajahan Kota Bharu yang merupakan 60 peratus daripada jemaah haji dari Kelantan.

“Penerbangan pertama bagi musim haji tahun ini ialah pada 14 Julai manakala penerbangan akhir telah ditetapkan pada 14 Ogos,” katanya pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji oleh  Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini, malam tadi.

Affan berkata kesemua jemaah haji Kelantan  akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi.

Beliau berkata penerbangan  pulang  pertama  ke tanah air dijangka  pada 27 Ogos dan terakhir 24 September. - Bernama

Tiada ulasan: