Khamis, 28 Jun 2018

SPRM bekukan akaun bank milik Umno, kata Ahmad Zahid




SPRM bekukan akaun bank milik Umno, kata Ahmad Zahid



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan dua  akaun bank milik ibu pejabat Umno  dan  Umno Selangor.

Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima panggilan hari ini mengenai tindakan agensi anti rasuah negara itu.

“Tentunya, selepas tindakan terbaru ini, akaun Umno Johor juga akan dibekukan.

“Tidak ada jaminan bahawa mana-mana pemimpin Umno dari pimpinan majlis tertinggi, naib presiden, timbalan presiden dan bekas Menteri Besar Johor tidak akan disiasat oleh SPRM,” katanya pada Perhimpunan Aidilfitri Umno Johor di M Suites Hotel hari ini lapor  The Malaymail.

Bekas timbalan perdana menteri juga mendakwa bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga boleh menggunakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran Umno.

Tiada ulasan: