THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR= Nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Sing Ishar Sing.
Katanya rampasan itu melibatkan penggeledahan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei lalu
Beliau berkata lapan pasukan khas ditubuhkan melibatkan 150 anggota dan beberapa pakar barangan berjenama yang mengambil masa 36 hari untuk mengira nilai 12,000 jenis barangan kemas dari dalam 25 beg daripada 72 beg yang dirampas.
“Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan ke premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta. Turut dinilai ialah 567 beg tangan membabitkan 37 jenama bernilai kira-kira RM51.3 juta…beberapa jenama terkemuka seperti Hermes, Prada, Chanel dan Bijan,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini hari ini.
Menurutnya proses pengiraan nilai barang rampasan terpaksa mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan beberapa pakar barang kemas dan pakar barang berjenama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan