Astro Awani
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung
dakwaan mengenai sebuah syarikat kontraktor landskap yang telah membuat
tuntutan palsu terhadap beberapa projek landskap bernilai lebih RM80
juta di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima laporan berkaitan dakwaan terbabit dan kertas siasatan telah dibuka.
Katanya, projek-projek terbabit meliputi projek landskap di kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta premis-premis kerajaan di sekitar Putrajaya.

“Malah maklumat juga mendapati syarikat berkenaan tidak ada kapasiti kerana tidak memiliki tapak untuk menanam bunga bagi landskap tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, syarikat tersebut telah dianugerahkan kontrak-kontrak terbabit antara 2016 hingga 2017 untuk menyelenggara dan membekal pekerja-pekerja berkaitan.
Katanya lagi, SPRM telah pun merampas beberapa dokumen berkaitan di pejabat syarikat itu pada Rabu.
"Syarikat itu juga didakwa tidak menyediakan pekerja secukupnya bagi menyelenggara projek-projek itu namun mengemukakan tuntutan dengan jumlah melebihi bilangan sebenar perkerja yang dibekalkan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan