Dalam satu kenyataan, beliau berkata barangan yang disita itu kebanyakannya hadiah, dengan beberapa di antara milik saudara-mara dan pihak ketiga yang lain.
“Kami mempertikaikan kuantiti dan penilaian yang diberikan dalam sidang akhbar oleh pihak polis memandangkan penilaian itu subjektif dan tertakluk kepada bila hadiah itu diberikan,” kata Najib dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.
“Sama seperti hutang negara yang terlalu tinggi, kuantiti dan nilai barang-barang yang dirampas, serta sidang akhbar, nampaknya dilakukan dengan tujuan untuk membalas dendam politik dan serangan politik ke atas keluarga saya,” katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh Ishar Singh mendedahkan barang dan wang tunai yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan Najib bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Terdapat barang kemas bernilai RM440 juta, wang tunai RM116.7 juta, 272 beg tangan Hermes bernilai RM51.3 juta, dan juga 234 cermin mata hitam bernilai RM374,000.
Susulan pengumuman polis itu, Najib yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram dan penyelewengan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd, mempertahankan yang barangan disita, termasuk sejumlah barangan kemas, beg tangan dan barangan lain, kebanyakannya adalah “hadiah”.
Beliau juga mendakwa nilai barangan itu tidak setinggi yang dinyatakan oleh pihak berkuasa.
Dalam kenyataan hari ini, keluarga Najib mengulangi kebanyakan barang berharga yang dirampas adalah hadiah yang diterima sejak beberapa dekad daripada rakan-rakan dan orang kenamaan luar negara, termasuk golongan diraja, bagi majlis seperti lawatan rasmi, acara keluarga, hari lahir, ulang tahun, majlis perkahwinan dan pertunangan.
Najib sekali lagi mempersoalkan penilaian barangan itu, dengan mengatakan ia “tidak realistik” menilainya mengikut harga runcit atau semasa.
Beliau berkata nilainya “kemungkinan besar melambung secara kasar” dan “akan memberikan gambaran yang jauh menyimpang”.
Beliau menjadikan jam Rolex Daytona dipakainya, yang dikatakan polis bernilai RM3.5 juta. Jam tangan itu dikatakan paling mahal di antara 423 jam yang disita.
Ahli Parlimen Pekan berkata jam tangan itu merupakan di antara hadiah terbaru di samping yang lain daripada menteri dalam negara yang juga putera Timur Tengah, ketika melawat Malaysia pada Mac.
Jam dan barangan lain berada di dalam kotak terpampang cop diraja negara asing, kata Najib, sambil menambah polis tidak sepatutnya meninggalkan butiran tersebut
Beliau berkata banyak barangan yang disita oleh polis disimpan dalam kotak yang dilabelkan oleh kakitangannya, bersama penerangan mengenai hadiah itu seperti bila dan dari siapa mereka menerimanya dengan terperinci.
“Sekiranya polis menghubungi keluarga kami untuk menyoal perkara ini, kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.
“Dengan sedaya upaya, kami akan membantu pihak polis mengenal pasti mereka yang memberi hadiah selama beberapa dekad.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan