Rabu, 27 Jun 2018

PUNB terima surat peletakan jawatan Ali Rustam

THE MALAYSIAN TIMES
 
Ali Rustam


KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawanan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengesahkan penerimaan surat peletakan jawatan Tan Sri Mohd Ali Rustam sebagai Pengerusi PUNB berkuat kuasa pada Isnin, 25 Jun 2018.

Dalam kenyataan hari ini, PUNB berkata Mohd Ali dilantik sebagai pengerusi pada 1 Ogos, 2013.

“Turut meletakkan jawatan ialah anggota lembaga pengarah PUNB, Datuk Jamelah A. Bakar dan Datuk Hasbullah Wa Daud,” menurut syarikat itu.

PUNB berkata, Jamelah dilantik sebagai anggota lembaga pengarah PUNB pada 17 Julai, 2014 manakala Hasbullah pada 7 Nov, 2016.

PUNB mengucapkan terima kasih kepada Mohd Ali, Jamelah dan Hasbullah atas perkhidmatan mereka.

Tiada ulasan: