Pada mesyuarat bersama para perwakilan Umno Wilayah Persekutuan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata individu itu ditugaskan untuk membuat pembaharuan dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam tempoh 100 hari.
"Dia kata akan buat dalam tempoh 30 hari.
"Tetapi sekarang, dalam kempennya, dia kata akan melakukannya apabila menjadi presiden," kata Zahid pada mesyuarat tertutup itu. Bagaimanapun, ucapannya dapat didengar menerusi pembesar suara di luar bilik mesyuarat.
Zahid, 64, juga berjanji tidak akan menjadi pemimpin aukratik sekiranya dipilih sebagai presiden.
"Kita tak mahu pemimpin autokratik. Kalau menang, saya akan bicang dengan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Tertinggi mengenai pembaharuan yang diperlukan dan memajukannya kepada perwakilan pada mesyuarat atau perhimpunan agung," katanya.
Selepas mesyuarat tersebut, Zahid ditanya sama ada pesaing yang disebutnya itu adalah Khairy Jamaluddin.
"Saya akan biarkan dia guna apa saja yang dia nak guna," kata Zahid sebelum beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan