SETIU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu
menjawab kepada pihak berkuasa mengenai barangan mewah dengan nilainya
boleh mencecah RM1.1 billion yang dirampas dari kediaman dikaitkan
dengan beliau, kata calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun menurut beliau kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan mana-mana pihak tidak boleh mendahului siasatan polis dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman dan kritikan.
“Kalau benar itu adalah harta dia (Najib) sampai satu billion, dia kena jawab. Tetapi kita tidak boleh dahului siasatan dengan buat kenyataan yang mengutuk sesiapa. Sebab yang kita tahu nilai duit itu, kita tak tahu macam mana, siapa punya dan sebagainya," katanya selepas majlis minum petang dan ramah mesra beliau dan anggota Umno di sini hari ini.
Khairy berkata setelah kes itu dibawa ke mahkamah dan wujud pendakwaan serta penghakiman kelak, baharulah Umno boleh buat pendirian.
Bagaimanapun, buat masa ini katanya, biarlah polis menyelesaikan siasatan mengikut proses undang-undang namun Umno tidak akan melindungi sesiapa. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan