KUALA
LUMPUR – Bekas menteri dan ahli politik veteran UMNO, Tan Sri Syed
Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu
selepas sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk demi parti itu
sebelum ini.
Syed
Hamid dalam satu kenyataan mendedahkan dirinya sudah tidak lagi percaya
dengan UMNO kini dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti ini
berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, UMNO bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.
UMNO
ialah pertubuhan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan hanya
mengutamakan kelangsungan sendiri berbanding mengambil berat hal rakyat,
dakwanya.
“Ini
sangat lain satu ketika dahulu malah saya telah bergelumang dengan UMNO
sejak zaman allayarham ayah saya dahulu yang turut bersama-sama
memperjuangkan kemerdekaaan.
“UMNO
ketika itu bukan sahaja memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam
malah lain-lain bangsa dan agama juga menjadi keutamaan. Rakyat adalah
segala-galanya. Ianya sudah berubah kini.
“Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan
pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan
pemurah.
“Apa
yang saya lihat kini hanyalah segelintir pemimpin yang begitu
pentingkan diri dan agenda peribadi. Rakyat serta kepentingan mereka
sudah tidak lagi menjadi keutamaan,” katanya lagi.
Jelas bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu lagi,
kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebenarnya telah
memusnahkah imej, reputasi serta nama baik parti apabila membiarkan
amalan salah guna kuasa dan rasuah.“Saya sudah tidak dapat terima atau bertolak ansur dengan semua ini lagi. Idealogi dan falsafah sudah berubah dan semuanya sudah diketepikan,” ujarnya.
Tambah
pemimpin yang sudah bersama UMNO selama lebih 60 tahun itu, beliau
sudah tidak mampu berpura-pura dan mengatakan UMNO dulu dan kini adalah
sama.
“Tidak pernah saya terfikir untuk keluar dari parti ini tetapi ini adalah hakikat pahit yang saya terima.
“Mungkin
sebelum PRU-14, ada yang pernah terdengar saya memberikan sokongan
kepada Pakatan Harapan, yang belum tahu, kini anda tahu saya bukan lagi
anggota UMNO dan sudah keluar parti,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan