Jumaat, 29 Jun 2018

SPRM beku hampir 900 akaun bank berkaitan 1MDB

THE MALAYSIAN INSIGHT

Akaun Umno adalah salah satu daripada hampir 900 akaun yang dibekukan SPRM kerana dipercayai ada kaitan dengan skandal seleweng harta negara, 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
HAMPIR 900 akaun dikaitkan dengan skandal kewangan rentas negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar NST hari ini.

Memetik sumber, laporan menyebut akaun Umno adalah salah satu daripada 900 akaun dibekukan agensi anti rasuah negara itu.

Laporan turut menyebut, akaun lain adalah milik individu “yang menerima faedah daripada 1MDB”.

Semalam, pemangku presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata akaun Umno dibekukan oleh SPRM.

 Katanya lagi, beliau akan berusaha membuktikan wang Umno bebas daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Hari ini, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan beku akaun itu sebagai satu tindakan melampau yang langsung tidak mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan.

Tiada ulasan: