Khamis, 7 Jun 2018

RON95, diesel ditetapkan RM2.20, RM2.18 seliter

tyrazalhe


Harga semasa RON97 pada RM2.66 dikekalkan sehingga 13 Jun


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menetapkan harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, manakala harga RON97 akan mula diapungkan setiap minggu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga semasa RON97 pada RM2.66 seliter akan dikekalkan sehingga 13 Jun, 2018.

“Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel. Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan PRU14, harga RON95 dan diesel masing-masing akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 seliter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, harga minyak mentah dunia mencecah US$76 (US$1=RM3.97) setong, manakala harga produk petrol dan diesel yang ditapis antara US$87 dan US$88 setong.

Beliau juga berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel itu.- Bernama


Tiada ulasan: