Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta salurkan kepada SPRM
PUTRAJAYA
– Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd
(SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, dikehendaki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes
berkaitan SRC.
SPRM dalam
satu kenyataan hari ini berkata, Jho Low, yang merupakan ahli
perniagaan, dan Nik Faisal diminta tampil segera menghubungi SPRM bagi
membantu siasatan kes berkenaan.
Nik Faisal
Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303
mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian,
Shah Alam, Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah
Alam, Selangor.
Jho Low, 37,
yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 pula mempunyai
alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau
Pinang.
SPRM meminta
orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu
berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya
Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, e-mel kepada roslihusain@sprm.gov.my atau mana-mana Pejabat SPRM terdekat. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan