Penjual, pengedar diberi amaran henti penjualan produk serta-merta
BANGI
– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai berhenti
membeli dan menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi
racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan
berkata, produk itu ialah Deeja Cosmetic Star Cream yang dikesan
mengandungi hydroquinone dan tretinoin, sementara Deeja Cosmetic Vogue
Cream, Deeja Krim Nano (Night), Miracle White-Brightening Cream dan
Deluxe Beauty-Ultra Lightening Cream dikesan mempunya merkuri.
“Notifikasi
produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di
dalam produk berkenaan.
“Produk yang
mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk
farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,”
katanya.
Beliau
menjelaskan, kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses
pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar
UV berbahaya dan berisiko mendapat kanser kulit.
“Merkuri
yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam
badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Selain itu,
kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh
orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang
mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu,” katanya.
Dr Noor
Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran
untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit serta-merta.
“Penjual
adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik
ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984.
“Orang awam
yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk
segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli
profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
sampingan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan