Khamis, 7 Jun 2018

Peguam siasatan kes SRC tarik diri, Najib berdepan satu lagi bala

THE MALAYSIAN INSIGHT


Peguam siasatan kes SRC tarik diri, Najib berdepan satu lagi bala
Yusof Zainal Abideen dan M Puravalen menemani bekas perdana menteri Najib Razak ketika beliau dipanggil ke pejabat SPRM untuk soal siasat. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
PASUKAN guaman Najib Razak membuat keputusan untuk berhenti mewakilinya, bakal menambah beban lebih hebat kepada bekas perdana menteri yang berdepan dakwaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram itu.

The Malaysian Insight difahamkan bekas pendakwa raya kanan Yusof Zainal Abideen, peguam jenayah terkemuka M Puravalen serta peguam lain dalam pasukan itu gagal mencapai asas yang sama dengan anak guam mereka tentang beberapa isu.

Melihat kepada ketidaksepakatan itu, barisan peguam berkenaan merasakan tidak guna untuk mereka terus mewakili Najib. Perkembangan ini akan menjadi kerugian besar kepada Najib kerana Yusof dan Puravalen dipandang tinggi sebagai peguam dengan 36 tahun pengalaman.

Yusof mencipta nama sebagai pendakwa raya dan dinaikkan pangkat ke peguam cara negara II sebelum beralih ke sektor swasta. Beliau juga berada dalam pasukan pendakwa raya dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim pada 1998.

Puravalen pula mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai peguam jenayah.

Ketika mereka dilantik oleh Najib, pandangan umum Majlis Peguam ialah pembelaan bekas perdana menteri itu dalam keadaan yang baik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat Najib berkenaan bagaimana wang RM42 juta dari SRC International boleh masuk ke akaun bank peribadinya.

Wang dari SRC International itu masuk ke beberapa orang tengah sebelum dikatakan masuk ke akaun Najib.

Yusof dan Puravalen menemani Najib ketika beliau dipanggil ke pejabat SPRM untuk soal siasat.SPRM juga memanggil isteri Najib, Rosmah Mansor untuk disoal siasat hari ini. Beliau juga akan disoal berkenaan kes SRC International.

Tiada ulasan: