Kerajaan negeri, pembangkang masih dalam situasi ternanti-nanti
BANGI
– PAS tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN)
ekoran isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang
belum selesai sehingga hari ini.
Timbalan
Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melihat kepada
situasi sekarang, sebarang kemungkinan boleh berlaku dan PAS sudah
bersedia.
“Pakatan Harapan (PH) boleh cadang dan PAS juga boleh mencadangkan Speaker DUN negeri.
“Pengundian
akan berlaku dalam menentukan kerusi tersebut dan sekiranya sama iaitu P
18 kerusi menyokong dan pembangkang terdiri daripada PAS (15) dan
Barisan Nasional (3), maka, kemungkinan besar PRN terpaksa diadakan,”
katanya seperti dilapor media tempatan.
Bagaimanapun
Tuan Ibrahim berkata, setakat ini kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri
dan pembangkang masih lagi dalam keadaan ternanti-nanti.
“Sebenarnya
PAS sudah menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan yang melibatkan
semua parti politik di negeri ini. Ia adalah jalan terbaik dalam
menangani situasi ini, tetapi mereka tolak.
“Tujuannya
bagi mengelakkan berlakunya PRN kerana ia langkah terbaik untuk keluar
daripada krisis itu. Malah, dalam sistem demokrasi banyak negara sudah
buat dan kita sudah kemuka cadangan, terpulang pada kerajaan negeri,”
katanya.
Pelantikan
jawatan Speaker DUN mengalami kesulitan disebabkan Harapan membentuk
kerajaan negeri, yang hanya memperolehi 18 kerusi DUN dalam PRU14,
menyamai 18 kerusi diperolehi pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan