Sumber dalaman PKR menjangka Adun Sungai Tua paling berkemungkinan dilantik menteri besar.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengesahkan Idris dicalonkan, dan nama lain turut dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Semalam Idris berkata, beliau dimaklumkan namanya merupakan calon tunggal.
Bagaimanapun, pemimpin utama PKR menegaskan Amiruddin Shari lebih berkemungkinan dilantik, dan wujud persetujuan dalam kalangan beberapa pemimpin PKR lain.
Amiruddin, Adun Sungai Tua, merupakan ahli Exco selama 2 penggal.
“Beliau aktif dan mempunyai pengalaman dengan belia, sukan, pembangunan usahawan dan pembangunan luar bandar,” menurut sumber dalaman parti.
Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin juga dicalonkan.
Walaupun Dr Wan Azizah mengesahkan Idris sebagai calon, ramai yang menyokong Amiruddin berkata Idris tidak mempunyai pengalaman pentadbiran yang mencukupi.
Menteri besar sekarang, Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri hal-ehwal ekonomi dalam Kabinet pusat, tetapi diarahkan Sultan Selangor supaya terus memimpin Selangor sehingga pengganti dilantik.
Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak dan juga Adun bagi Bukit Antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan