Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, daripada jumlah itu, 26 kes adalah membabitkan kemalangan maut dengan 27 kematian.
Menurutnya, bagi penunggang motosikal, seramai 13 orang maut, kereta (8 orang), lori (2 orang) dan teksi serta pembonceng motosikal masing-masing dengan seorang dan tiga orang sekaligus menjadikan jumlah seramai 27 orang yang maut.
"Berdasarkan pecahan mengikut daerah, Klang Utara menyaksikan tiga kematian, Sabak Bernam (3 kematian), Ampang Jaya (5 kematian), Gombak (4 kematian), Kuala Selangor (4 kematian), Kuala Langat (2 kematian) dan Kajang dua kematian.
"Manakala Hulu Selangor pula satu kematian, Klang Selatan (2 kematian) dan Sepang (1 kematian)," katanya.
Mengulas lanjut, JSPT Selangor juga turut mengeluarkan 27,982 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Sementara itu, seramai tiga individu juga telah ditahan bersabit kes curi kenderaan selain memiliki waran tangkap.
Ops Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri yang bermula 8 Jun sehingga Jumaat depan yang berperanan bagi mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan telah dilancarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan