
KUALA LUMPUR
– Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah
laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementerian Pertahanan sewaktu
di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar
berlaku.
Katanya,
terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan
terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh
Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan
kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri
Ambrin Buang.
“Dalam
kempen-kempen pilihan raya kita sentuh mengenai Kementerian Pertahanan
ini antara yang menjadi sasaran dan perkara yang ditimbulkan termasuk
oleh Tan Sri Rafidah Aziz (berkaitan penswastaan tanah Angkatan Tentera
Malaysia).
“Sebelum itu
kita juga sentuh tentang pembelian kapal selam Scorpene dan isu-isu
berkaitan dengan Kementerian Pertahanan termasuk (pembunuhan model
Mongolia) Altantuya Shaariibuu dan sebagainya, terlalu banyak,” katanya
dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di sini, baru-baru ini.
Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.
Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.
Dalam pada
itu, Mohamad yang baru sahaja mengemudi kementerian itu kira-kira tiga
minggu selepas mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu berkata, pada masa ini
tidak banyak dasar yang telah dilaksanakan kementerian itu yang akan
diubah, sebaliknya hanya akan ditambah baik terutama berkaitan
pelaksanaannya.
Katanya
antara dasar kementerian yang akan diteruskan termasuk hubungan
kerjasama ketenteraan dengan negara-negara jiran dalam mengawasi
perairan dan kerjasama latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat
selain komitmen untuk mengukuhkan perjanjian Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (Zopfan).
Beliau turut
mengulangi komitmen untuk terus memelihara kebajikan anggota Angkatan
Tentera Malaysia dan kesiapsiagaan mereka dalam menjadi benteng
mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kedudukan
kewangan dan ekonomi negara kita sekarang ini mungkin memerlukan kita
untuk menyesuaikan dengan keadaan itu tetapi walau apa pun hal,
kebajikan dan kesiapsiagaan tentera kita itu tidak boleh kompromi,”
katanya.
Mohamad
turut berkata program dan perkara lain diputuskan sebelum ini termasuk
status Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) turut akan dikaji secara mendalam sebelum cadangan
untuk menentukan statusnya dikemukakan dan diputuskan kabinet. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan