Laporan media dakwa 433 jam tangan bernilai RM80 juta tidak benar

KUALA LUMPUR
– Polis hari ini menolak laporan media mengatakan pihaknya telah
selesai mengira jam tangan yang dirampas dalam siasatan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh
berkata, laporan akhbar China Press bahawa pihak polis telah siap
mengira 433 utas jam tangan dikatakan bernilai RM80 juta bersifat
‘pramatang’.
Beliau
berkata, jabatan itu masih dalam proses menganggarkan nilai rampasan
daripada tiga unit kondominium mewah Pavilion Residences di Kuala Lumpur
pada 18 Mei.
Terdahulu,
China Press melaporkan proses anggaran nilai barang rampasan berkaitan,
termasuk 433 jam berjenama, telah selesai dan bernilai RM80 juta
keseluruhan.
Terdapat seutas jam dikatakan bernilai RM3.5 juta.
Laporan itu juga menyebut polis juga telah selesai menilai nilai ‘emas’ dirampas.
“Satu sidang
media rasmi akan kami adakan untuk memaklumkan nilai sebenar jam dam
barangan kemas lain selepas proses penentuan ketulenan dan nilaiannya
selesai,” tegasnya.
Pada 25 Mei lalu, Amar memberitahu rampasan wang tunai bernilai RM114 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan