Kompleks
Tabung Haji baharu yang akan digunakan buat pertama kalinya pada tahun
ini selepas siap dibina di Hotel Movenpick KLIA, Sepang, Selangor. foto
HAZROL ZAINAL
SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) menaik taraf operasi selepas
kompleks baharunya di sini digunakan untuk urusan musim haji 1439H/2018.
Kompleks baharu yang menggantikan kompleks lama di Kelana Jaya yang
sudah berusi 36 tahun itu sedia menerima kira-kira 30,200 jemaah yang
akan menunaikan haji pada musim ini.
Menggunakan pelaburan sebanyak RM433 juta, kompleks TH baharu itu
dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel bertaraf empat bintang,
masjid, restoran dan anjung tinjau.
Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata,
kompleks tersebut yang terletak di lokasi strategik hanya mengambil masa
10 minit bagi pergerakan jemaah haji untuk ke KLIA.
Menurutnya, ia merupakan satu inisiatif jangka panjang oleh pihak TH
dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji
Malaysia. Datuk Seri Johan Abdullah
“Kompleks TH Sepang akan dapat menyediakan prasarana yang lebih
selesa dan serba lengkap dan dijangka dapat memenuhi peningkatan jumlah
jemaah haji selama 20 hingga 30 tahun akan datang.
“Ruang pelepasan yang lebih besar dapat menampung lebih ramai jemaah
haji serta mampu menyediakan perkhidmatan untuk dua penerbangan dalam
satu masa sekiranya diperlukan,” katanya ketika menyampaikan Taklimat
Operasi Haji Musim 1439/2018 di sini hari ini.
Johan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH memberitahu, komplek
berkenaan akan digunakan selama dua bulan sebagai stesen berlepas pada
setiap musim haji.
Katanya, hotel dan pusat konvensyen pula akan beroperasi sepanjang
tahun termasuk semasa musim haji secara komersial sebagai hotel bertaraf
empat bintang kepada jemaah haji, ahli keluarga dan orang awam.
Langkah itu jelas beliau, dapat menjana pendapatan kepada TH, sekali gus manfaat kepada pendeposit. – MalaysiaGazette Ruang
dalam Kompleks Tabung Haji dibina cantik dan selesa yang akan digunakan
buat pertama kalinya pada tahun ini selepas siap dibina di Hotel
Movenpick KLIA, Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan