KUALA LUMPUR – Chef terkenal, Datuk Redzua Wan Ismail atau lebih
dikenali sebagai Chef Wan menganggap tindakan kerajaan mengharamkan
warga asing sebagai tukang masak di semua tempat makan di negara ini
adalah sesuatu yang mengarut.
Jelasnya, sama seperti kasih-sayang, makanan juga tidak mempunyai sempadan.
Katanya, tiada siapa yang boleh menghalang para tukang masak berkenaan untuk belajar dan memperolehi kemahiran masakan dari mana-mana negara yang mereka sukai.
Malah dalam dua posting panjangnya di Instagram beliau, Chef Wan menyifatkan tindakan kerajaan itu adalah sesuatu yang rasis.
“Kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menjadi chef di seluruh dunia dan melakukan perkara yang serupa (menjadi tukang masak di negara berkenaan).
“Jadi persoalan saya kepada menteri, mengapa tiba-tiba warga asing di negara ini tidak dibenarkan memasak hanya kerana mereka bukan warganegara.
“Mengapa kita perlu mendiskriminasi mereka?” katanya.
Tambah Chef Wan, sekiranya isu kebersihan menjadi sebab utama, pemantauan ketat perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Jika ada sifat pengotor, ajarlah mereka dan pantau kesemua restoran dan kedai makan ini supaya memenuhi standard tertentu di dalam kebersihan makanan dan sebagainya.
“Ini tidak. Saya dengar banyak restoran yang kotor ini boleh merasuah (pihak berkuasa) bila pemeriksaan dijalankan dan apabila restoran mereka dikenakan denda.
“Perkara ini sudah berlaku selama bertahun-tahun. Jadi hendak salahkan siapa?
“Jangan ingat dengan mengupah chef tempatan, standard makanan kita akan meningkat?” tegasnya lagi.
Menurut chef berpengalaman dan pernah berkhidmat di beberapa negara itu juga, Malaysia sudah kehilangan ramai chef berbakat berikutan upah yang tidak setimpal.
Beliau membandingkan keadaan tersebut dengan negara lain termasuk Singapura yang dikatakan lebih menghormati chef.
“Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang chef yang baik tanpa mengira bangsa asalkan mereka diberikan latihan yang betul oleh pemilik industri hospitaliti di Malaysia yang serius mahu memperbaiki tahap makanan tempatan,” katanya.
Semalam Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini.
Para pengusaha bagaimanapun diberikan tempoh sehingga hujung tahun untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di premis mereka kerana peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan. -MalaysiaGazett

Tiada ulasan:
Catat Ulasan