Dr Mahathir berkata masih belum diputuskan siapa yang akan menggantikan Muhammad, yang difikirkan oleh banyak pihak sebagai "orang Najib".
Peletakan jawatan itu susulan pendedahan baru-baru ini yang bank pusat terlebih bayar kerajaan bagi sebidang tanah di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Muhammad pada sidang akhbar di Putrajaya selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau berkata persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan sebelum kerajaan boleh mengumumkan pengganti.
Reuters bagaimanapun melaporkan yang Nor Shamsiah Mohd Yunus, bekas timbalan gabenor BNM, dijangka menggantikan Muhammad.
Pengumuman perdana menteri itu mengesahkan berita semalam Muhammad menawarkan untuk meletakkan jawatan.
Muhammad, yang menjadi gabenor pada Mei 2016, menjadi sasaran ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin, beberapa hari kebelakangan ini berhubung pembelian tanah bernilai RM2 bilion daripada kerajaan sebelumnya.
Kerajaan Pakatan Harapan mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak menggunakan wang daripada penjualan itu untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd.
Bagaimanapun, Muhammad menegaskan pembelian itu adalah pada harga yang berbaloi dan dibuat secara telus dan tulus selepas perbincangan.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan