Pembantu itu yang enggan dinamakan, memberitahu The Malaysian Insight yang hakikatnya, kontrak itu juga melibatkan penerbitan Indeks Prestasi Utama (KPI) beberapa jabatan Kementerian Pengangkutan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini yang Liow memberikan kontrak bernilai RM800,000 kepada Pemandu Associates hanya untuk membantu bekas menteri itu menulis ruangan pojok mingguan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.
“Kenyataan menteri pengangkutan tidak tepat. Saya percaya ia dikeluarkan sedemikian untuk menyerang Liow kerana kontrak itu bukan hanya terhad untuk menulis ruangan pojoknya. Ia juga melibatkan beberapa penerbitan KPI beberapa jabatan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pembantu itu juga mengatakan, sepanjang pengetahuannya, kontrak itu juga melibatkan “program akar umbi” dan tugasan lain.
Katanya lagi, Pemandu Associates tidak boleh dianggap syarikat swasta kerana ia di bawah Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi pentadbiran terdahulu yang ditugaskan untuk pengurusan KPI.
Ruangan pojok yang diberikan kepada Pemandu Associates untuk ditulis bagi pihak Liow juga berkaitan dengan KPI Kementerian Pengangkutan, rancangan dan sasaran masa hadapan, dan bukanlah untuk kepentingan peribadi bekas menteri, kata pembantu itu lagi.
“Mengambil kira semua kerja terlibat, RM800,000 bukanlah harga yang tinggi untuk dibayar,” katanya.
Loke hari ini mengumumkan kontrak itu telah dibatalkan kerana ia bukan satu keperluan dan beliau boleh berhubung dengan media secara langsung tanpa bantuan pihak ketiga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan