Memaparkan catatan dengan label MEDIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEDIA. Papar semua catatan

Ahad, 30 Ogos 2020

JENDELA tambah baik komunikasi digital negara: Muhyiddin

Fazleensafina

 

Landasan kepada penyediaan perkhidmatan jalur lebar menyeluruh

Jumaat, 21 Ogos 2020

Pantau media Cina jadi ‘medium’ sebar hasutan

Athirah Huda Zalhe

 

Tuduhan liar dakwa Mohd Asri, NGO ada agenda tersembunyi

BANGI – Kerajaan perlu memantau akhbar dan portal berita berbahasa Cina supaya tidak menerbitkan sebarang artikel berbaur hasutan.

Sekiranya pantauan itu tidak mampu dilakukan oleh kerajaan, syarikat media lain atau NGO mungkin boleh mengambil tanggungjawab berkenaan, kata Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

“Mungkin boleh keluarkan sedikit wang untuk proses menterjemah artikel yang diterbitkan di media-media Cina untuk dijadikan berita dalam bahasa yang kita semua faham.

“Malah, ianya mampu membuka peluang dan dimensi baharu dalam landskap media di negara ini.

“Dengan itu juga, media-media Cina akan lebih berhati-hati jika mahu menerbitkan artikel-artikel berbaur hasutan sebegini atau ‘mesej-mesej’ tertentu daripada politikus-politikus Cina kepada masyarakat Cina yang tidak dilapor di media bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya.

Haji Aminuddin berkata demikian sebagai mengulas artikel yang disiarkan di akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, mendakwa wujud ‘agenda tersembunyi’ di antara Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dan NGO dalam isu pusat perjudian di Sungai Buloh.

Memetik artikel bertajuk Hew Wai Weng: Krisis Ekonomi Melayu Bandar yang disiarkan kelmarin, penulis mendakwa ISMA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempunyai agenda sama apabila membantu Mohd Asri menularkan videonya.

“PPIM selalu melancarkan serangannya melalui kerja-kerja ‘menolong golongan lemah’ baik secara langsung atau tidak langsung menuding jari pada orang Cina bukan Islam membuli atau menindas pengguna dan peniaga muslim,” dakwa penulis.

Menyifatkan dakwaan itu tuduhan liar dan berbaur hasutan, Aminuddin menyelar penulis artikel terbabit yang mewujudkan ‘teori’ kononnya PPIM, ISMA dan parti-parti politik Melayu memanipulasikan isu berkenaan demi manfaat politik.

“Apakah beliau lupa isu ini cepat tular kerana sentimen benci masyarakat terhadap sindiket perjudian berleluasa yang merosakkan masyarakat? Malah masyarakat Cina pun ramai yang memuji pendedahan ini.

“Apa yang lebih lucu, tiba-tiba penulis menyebut mengenai ICERD dan Kempen Beli Produk Muslim yang dipelopori oleh dua NGO ini. Apakah motif beliau?,” soalnya.

Beliau berkata, dakwaan penulis itu menimbulkan persoalan terhadap cubaannya menghasut masyarakat Cina yang menyokong pembanterasan kegiatan judi di daerah berkenaan.

“Lebih-lebih lagi artikel ini hanya ditulis dalam bahasa Mandarin dan diterbitkan di portal media Cina.

“Sudahlah sekolah pun diasingkan dengan naratif yang berbeza dan subversif, takkan media mahu begitu juga,” katanya.

Khamis, 20 Ogos 2020

Penjawat awam beruniform rakam video jelek jejas imej kerajaan, kata Cuepacs

Cuepacs berkata, tindakan merakam dan memuat naik video tidak senonoh 
akan menimbulkan persepsi kepada orang ramai yang penjawat awam banyak 
melakukan aktiviti lain ketika bekerja dan seterusnya menjejaskan reputasi
serta imej perkhidmatan awam.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, penjawat awam berpakaian seragam tidak patut merakam video tidak senonoh atau berunsur negatif dan memuat naik ke media sosial kerana ia mampu menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan.

Adnan Mat mendapati ada penjawat awam yang menaikkan video sedemikian ke platform media sosial peribadi, seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook.

“Video jelek dan tidak senonoh seperti menari, menyanyi serta perkongsian hal peribadi yang dirakam ketika berpakaian uniform menjadikan imej jabatan berkenaan turut menjadi negatif.

“Ini adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya dilakukan, terutama jika masih dalam waktu bekerja.

“Aktiviti atau tabiat ini juga tidak wajar dilakukan walaupun mereka di luar waktu bekerja kerana boleh menimbulkan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai penjawat awam yang beruniform rasmi, mereka perlu menghormati jawatan disandang dan pasukan yang dianggotai.

“Setiap uniform atau pakaian rasmi jabatan mempunyai etika pemakaian masing-masing dan perlu dipatuhi serta dihormati tidak kira polis, tentera, penguatkuasa, jururawat, doktor atau penjawat awam biasa yang memakai baju korporat.

Katanya, tindakan merakam dan memuat naik video tidak senonoh akan menimbulkan persepsi kepada orang ramai yang penjawat awam banyak melakukan aktiviti lain ketika bekerja dan seterusnya menjejaskan reputasi serta imej perkhidmatan awam.

Beliau memuji langkah beberapa jabatan mengharamkan penggunaan media sosial ketika bertugas atau memakai uniform jabatan.

“Dalam meraikan perkembangan media sosial, kita haruslah menjadi contoh kepada masyarakat awam dalam menggunakannya untuk tujuan baik.

“Apa yang lebih penting adalah khidmat kepada negara dan rakyat.”

Pengerusi kuil ditahan bantu siasatan video tular ugutan jenayah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengerusi persatuan pengurusan kuil bagi membantu siasatan ugutan jenayah terhadap bekas pengerusi persatuan kuil itu dan isterinya di tempat letak kereta awam di Petaling Jaya, susulan rakaman video kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata dia yang berusia 41 tahun itu ditahan di Sea Park pada kira-kira 3 pagi Rabu, dan polis turut merampas 2 pistol bersama 15 butir peluru yang ditemui di pejabatnya di Balakong, Cheras pada hari sama.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa seorang lelaki dikenali melakukan ugutan terhadap suami dan dirinya dalam kejadian pada kira-kira 5.30 petang, Selasa lepas.

“Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek yang merupakan pengerusi baharu dengan suami wanita itu yang merupakan pengerusi terdahulu persatuan berkenaan. Perselisihan faham itu mengenai perebutan kuasa dalam pengurusan kuil di kawasan Sea Park,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain laporan ugutan itu, terdahulu suami wanita itu pula membuat 2 laporan polis berhubung perebutan kuasa di Balai Polis Sea Park pada 13 Ogos.

Semakan mendapati dia mempunyai lesen senjata api sah yang dikeluarkan IPD Kajang.

Dia direman selama sehari untuk disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan jaminan polis kerana tempoh reman diperolehi sudah tamat.

“2 pistol dirampas pula masih dalam simpanan polis,” katanya.

Nik Ezanee turut mencadangkan kelulusan lesen senjata apinya dikaji semula demi kepentingan dan keselamatan awam.

Terdahulu, tular rakaman seorang lelaki bertengkar dengan pasangan suami isteri di tempat letak kereta awam, dan dikatakan berlaku ugutan yang menimbulkan ketakutan kepada pasangan itu.

Polis masih meneruskan siasatan ke atas kedua-dua pihak bertelagah bagi meneliti pembabitan “Geng 21” dan “Geng 04″ dalam pertelingkahan itu.

“Jika terbukti, tindakan pencegahan akan menyusul. Kami akan melengkapkan kertas siasatan dan merujuknya kepada pihak pendakwa raya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Rabu, 19 Ogos 2020

Saya tak gila nak aibkan orang, bukan saya tularkan - Cikgu S


"SAYA tidak gila untuk aibkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.

"Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tularkan, jadi saya mohon hentikanlah menularkan video itu dan mengecam dengan pelbagai tuduhan palsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan," kata guru yang dikecam kerana pengakuan seorang murid tentang kemahiran bapanya memasak air ketum dalam sebuah sesi pembelajaran di kelas.

Guru wanita berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu S itu memohon insiden itu tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

"Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Saya sudah membuat laporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.

"Saya tidak mahu membuat laporan polis kerana tuduhan palsu dilemparkan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menjelaskan insiden terbabit, Cikgu S berkata, rakaman video itu dibuat ketika sesi pendidikan kesihatan tahun satu di sekolah rendah di utara tanah air, pagi semalam.

Katanya, pada 7.40 hingga 8.10 pagi semalam, dia masuk kelas tahun satu untuk mengajar pendidikan kesihatan menyentuh topik peranan ahli keluarga.

"Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya selain mak, siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak?

"Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok," katanya.

Katanya, dia sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakamkan jawapan sama diberikan kanak-kanak itu sebelum berkongsikannya kepada ibu murid terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana geli hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata.

"Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum.

"Selepas tamat sesi pembelajaran itu, saya hantarkan video terbabit kepada ibunya sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka," katanya.

Menurut Cikgu S, dia terperanjat apabila ibu murid terbabit menghubunginya pada malam tadi mendakwa video terbabit tular.

"Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit.

"Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.

"Saya anggap ini cabaran sebagai seorang pendidik dan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berwaspada di masa akan datang," katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

Ia mendapat kecaman pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

#Sumber :  HMetro  

MR : Kadang kala video yang kita sangka jenaka, boleh jadi menjerat kita sendiri 

 

Pakar bimbang isu privasi, aksesibiliti untuk wajib penggunaan MySejahtera

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi 
MySejahtera untuk cara orang ramai mendaftarkan butiran peribadi sebelum 
memasuki premis.

PETALING JAYA: Pakar keselamatan data menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan kerajaan mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi menjejaki pergerakan rakyat.

Fong Choong Fook, pakar teknologi maklumat dalam pengujian keselamatan aplikasi untuk jenama e-dagang dan bank tempatan utama mempersoalkan kerajaan jika ia sudah melakukan ujian meluas terhadap keselamatan aplikasi itu.

Beliau mengakui tidak dapat dielakkan kerajaan mewajibkan penggunaan aplikasi itu untuk pengesanan kontak dalam konteks pandemik Covid-19.

“Kadangkala rakyat tidak bersedia mengisi borang (dengan maklumat mereka), jadi penting untuk pihak berkuasa (mempunyai) aplikasi pengesanan.

Fong Choong Fook

“Apa yang dilakukan kerajaan dalam melindungi maklumat peribadi kita? Setakat ini, PDPA yang kita ada tidak mentadbir kerajaan sendiri,” katanya merujuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Jadi, kerajaan mungkin tidak bertanggungjawab terhadap kebocoran data kerana kecuaian.

“Kita tidak boleh melakukan apa-apa terhadap kerajaan, itulah batasan PDPA.”

Fong mahu melihat kerajaan menunjukkan sejauh mana ia melaksanakan langkah keselamatan untuk melindungi data rakyat.

“Saya rasa nant rakyat akan lebih mudah menerima penggunaan aplikasi ini.”

Foong Cheng Leong

Sementara itu, seorang peguam privasi, Foong Cheng Leong berkata kerajaan perlu memastikan data yang dikumpulkan hanya akan digunakan untuk pengesanan kontak dan tujuan berkaitan.

Beliau juga kerajaan menetapkan tempoh untuk melupuskan data dikumpulkan.

Foong mahu ada pihak yang bertanggungjawab jika berlaku penyalahgunaan data oleh sesiapa pun, termasuk penjawat awam.

Beliau turut membangkitkan isu aksesibiliti aplikasi itu kerana bukan semua orang memiliki telefon pintar yang mempunyai aplikasi MySejahtera.

Katanya, bukan semua perniagaan di Malaysia dapat menghasilkan kod QR untuk digunakan aplikasi itu.

“Pendaftaran secara manual perlu dikekalkan untuk rakyat dalam segmen tertentu.

“Daripada memaksa rakyat menggunakannya, kerajaan perlu memberi insentif kepada mereka yang menggunakan aplikasi itu. Kredit e-dompet RM50 untuk pengguna ialah langkah baik.”

Azrul Mohd Khalib

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menyifatkan mewajibkan penggunaan aplikasi pengenalan tunggal bagi semua rakyat wajar untuk memastikan mereka sedar dan terus berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19.

Bagaimanapun, kelemahannya ialah ia mungkin meminggir dan menjadikan individu tidak mampu memiliki telefon mudah alih atau data internet sebagai “mangsa”, khasnya rakyat berpendapatan rendah.

“Mereka yang mempunyai telefon (khasnya orang tua) mungkin tidak tahu jenis aplikasi yang boleh dimuat turun. Mereka tidak dapat memasuki tempat seperti kedai, pasar, pejabat dan perkhidmatan kerajaan. Mereka mungkin didakwa di bawah undang-undang kerana tidak memiliki aplikasi itu.”

Oleh itu, Azrul menggesa kerajaan berusaha meningkatkan kesedaran mengenai aplikasi itu supaya rakyat akan menyokong penggunaannya, bukannya memaksa mereka memuat turunnya.

Beliau turut bersetuju PDPA tidak cukup untuk memastikan kebertanggungjawaban ke atas pelanggaran data kerana ia mengecualikan entiti kerajaan persekutuan atau negeri daripada mematuhi undang-undang itu.

“Oleh itu, kerajaan perlu menjelaskan undang-undang apa melindungi data diambil oleh MySejahtera. Ini kebimbangan sah kerana terdapat beberapa pelanggaran data yang besar sejak tahun lalu, termasuk maklumat pesakit.”

Kerajaan dilaporkan berkata, ia mempertimbangkan penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan dan pendaftaran manual data peribadi ketika rakyat memasuki tempat awam akan disingkirkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara mengenai kaedah melaksanakan langkah itu.

Katanya, aplikasi MySejahtera sebahagian daripada budaya baru yang diperkenalkan kerajaan untuk memastikan rakyat mematuhi SOP bagi membendung penularan Covid-19.

Selasa, 18 Ogos 2020

7,154 kes keselamatan siber setakat Julai, paling banyak ‘scam’

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

 

Tawarkan program CyberSAFE beri kesedaran dan didik masyarakat

BANGI – Sebanyak 7,154 insiden keselamatan siber dengan kebanyakannya membabitkan penipuan setakat Julai tahun ini, dedah Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Beliau mendedahkan insiden penipuan berada pada kedudukan tertinggi dengan 5,319 insiden diikuti pencerobohan dan jenayah siber.

“Dalam kes penipuan mempunyai subkategori salah satunya adalah scam. Scam sebenarnya berpunca daripada kelemahan seseorang individu juga. Mereka mudah ditipu dengan pelbagai kaedah kejuruteraan sosial.

“Justeru penting pengguna internet tidak berkongsikan terlalu banyak maklumat mereka kerana dibimbangi data berkenaan akan diambil pihak lain dan identiti mereka dicuri,” katanya ketika sidang media di Fix & Go IT Specialist di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan supaya rakyat tidak mudah percaya dengan panggilan kejuruteraan sosial yang konon dakwa dari pihak berkuasa.

Katanya, dakwaan berkenaan membuatkan mangsa terpedaya dan mula membuat transaksi bank sehingga kehilangan ratusan ribu ringgit.

“Kes-kes ini berpunca daripada mangsa tidak tidak sedar wujudnya usaha menipu di alam siber. Kami mendapati kes (penipuan) memang teratas setiap tahun. Motif utama banyak bersifat penipuan mencuri wang secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Amirudin memaklumkan bahawa pihaknya menawarkan program Cyber Security Awareness For Everyone (CyberSAFE) bagi memberi kesedaran pada masa mendidik masyarakat mengenai isu di alam siber.

Beliau berkata, kes-kes seperti penipuan juga dibawa kerana ada masanya modus operandi penjenayah siber ini sama tapi mangsa yang berbeza.

“Kita dapati perkara itu berulang-ulang. Oleh kerana itu kita perkelaskan dalam bentuk ‘job scam’, ‘love scam’, ‘Macau scam’, ‘parcel scam’ dan sebagainya.

“Konsepnya mereka mengambil kesempatan dari kelemahan manusia seperti sifat takut contohnya mereka menakutkan mangsa dengan panggilan polis dan amaran mahkamah.

“Satu lagi dari mereka mengambil kesempatan dari sudut ketamakan manusia,” kata beliau.

Orang ramai boleh melaporkan insiden keselamatan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 menerusi saluran e-mel: cyber999@cybersecurity.my,talian bebas tol kecemasan: 1-300-88-2999 ( dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam), telefon mudah alih di talian 019-2665850 (24 jam) dan khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu CYBER999 ke 15888.

Selain itu pengguna boleh memuat turun aplikasi ‘Cyber999 App di Appstore dan Google Play dan mengisi. borang dalam talian di https://www.mycert.org.my.

Sabtu, 15 Ogos 2020

3,075 insiden keselamatan siber antara Mac hingga Julai

Siti Fatimah 

 

Ibu bapa dinasihatkan pantau penggunaan internet keluarga

PADANG BESAR – Ibu bapa perlu mendidik dan menasihati keluarga dalam penggunaan internet agar mereka tidak terjerumus dengan tindakan undang-undang, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, jumlah insiden keselamatan siber dilaporkan bertambah semenjak penularan wabak COVID-19 iaitu peningkatan sebanyak 109.04 peratus bagi tempoh 18 Mac hingga 31 Julai 2020.

“Sebanyak 3,075 insiden keselamatan siber dilaporkan dalam tempoh tersebut (18 Mac hingga 31 Julai 2020) berbanding 1,471 insiden pada tempoh sama pada tahun 2019 yang diterima oleh Pusat Bantuan Cyber999,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jelajah Komuniti Digital Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Terdahulu dalam majlis itu, syarikat perkhidmatan telekomunikasi Tune Talk menyampaikan pek permulaan prabayar (kad SIM) kepada 200 anggota RELA dan APM.

Tune Talk akan mengagihkan 10,000 pek prabayar kepada anggota RELA dan APM seluruh Perlis manakala sebanyak 500,000 prabayar akan diagihkan di seluruh negara.

Beliau berkata, kesalahan tersebut melibatkan kes seperti penipuan, pencerobohan, gangguan siber dan kod berbahaya.

Katanya, dalam lambakan maklumat terdapat maklumat yang tidak sahih, oleh itu ibu bapa perlu menasihati keluarga mereka agar berhati-hati sebelum membuat perkongsian di laman sosial agar keluarga tidak terdedah dengan tindakan undang-undang.

“Sebagai contoh ibu bapa perlu memantau apa yang dikongsi oleh anak mereka agar tidak share perkara-perkara yang lucah, isu perkauman, isu agama, institusi raja-raja dan sebagainya,” katanya.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melipatgandakan kempen agar ibu bapa menasihati ahli keluarga agar berhati-hati dalam dunia digital ini. – Bernama

Isnin, 10 Ogos 2020

Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas

Bernama
MGF03072020_LAWATAN-KERJA-KE-PAWAGAM-TGV_19-681x453
Datuk Saifuddin Abdullah

ISKANDAR PUTERI –  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.

“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya.

Beliau berkata selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan.

“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya,” katanya.

Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di sini, hari ini.

Kejujuran beliau itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh lebih 200 hadirin pada majlis berkenaan termasuk Youtuber atau penggiat YouTube popular Mat Dan dan Tuah Adzmi.

Kedua-dua mereka antara selebriti YouTube yang diundang sebagai panel dalam program itu yang bermula hari ini hingga esok.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bertujuan mendedahkan bakat muda dengan ilmu media baharu khususnya YouTube dalam menjana pendapatan.

Pada 23 Julai lalu,  Saifuddin menjadi topik hangat warganet apabila dilaporkan berkata penerbit filem termasuk media baharu seperti YouTube diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), bagi penerbitan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Kenyataan beliau itu mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya generasi muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial.— BERNAMA

Selasa, 4 Ogos 2020

Belum terima laporan lelaki hina Islam, raja

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PAPARAN video dipercayai lelaki rakyat Malaysia di United Kingdom yang menghina agama Islam, raja dan negara. FOTO Tular

POLIS belum menerima laporan berhubung tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di United Kingdom yang menghina agama Islam, raja dan negara.

Video berdurasi 11 minit 20 saat itu mula tular sejak semalam dan mendapat kecaman rakyat negara ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video berkenaan berlaku di luar negara.

"Identiti individu terbabit masih tidak diketahui. Sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung video itu.

"Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi hari ini

Difahamkan video itu dirakam di United Kingdom memaparkan seorang lelaki mengherdik dan menghina agama Islam selain turut menghina raja-raja Melayu.

Warganet mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kerana lelaki itu dipercayai warganegara Malaysia dan tinggal di luar negara.

Isnin, 3 Ogos 2020

Tangani sebaran budaya songsang di media sosial

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tegas dalam menangani penularan budaya songsang yang berleluasa di dalam media sosial hari ini.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata platform media sosial kini dijadikan sebagai medan utama untuk menyebarkan kegiatan negatif tersebut.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memperhalusi serta meneliti kumpulan-kumpulan yang menggunakan media sosial untuk memastikan normalisasi budaya songsang ini agar tidak meresap ke dalam masyarakat.

“Mereka lebih banyak berselindung di sebalik nama hak asasi manusia, tetapi memperjuangkan aktiviti yang banyak menyimpang daripada fitrah manusia.

“Kegiatan normalisasi budaya songsang oleh sebahagian kumpulan hak asasi manusia ini telah mendorong kepada berleluasanya aktiviti songsang dalam masyarakat.

“Ia adalah jarum halus yang terus merosakkan anak bangsa yang lemah imunisasinya menghadapi cabaran luar yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tidak terkecuali ada pihak yang mempertikai dan memperlekeh usaha kerajaan untuk memulihkan golongan ‘Mak Nyah’ sehingga memberikan persepsi negatif terhadap usaha itu.

Berkata Nik Abduh lagi, pertikaian ini juga bertitik tolak daripada usaha mereka mempertahankan budaya songsang tersebut masuk ke dalam masyarakat.

Justeru, beliau mengharapkan langkah yang tegas daripada kerajaan bagi menangani isu yang dibangkitkan.

Tegasnya, penularan budaya songsang yang disokong lagi dengan ruang normalisasi budaya tersebut ke dalam masyarakat merupakan racun yang merosakkan negara dan masyarakat.- HARAKAHDAILY

Ahad, 2 Ogos 2020

Sejak bila Ketuanan Melayu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler?

Siti Hafidah


Khalid rasa Ketuanan Melayu perlu dihapus kerana dianggap 'sesat'?

BANGI – Orang Melayu sudah membuktikan mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu.

Demikian bidas Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa Ketuanan Melayu sealiran dengan fahaman sesat.

Terdahulu, menerusi akaun Twitter, Khalid menggesa supaya menolak ketuanan bangsa yang mana katanya, ‘kedudukan istimewa’ bukan ‘ketuanan’.

“‘Ketuanan Yahudi’ menghasilkan ‘Zionisme’. ‘Ketuanan Aryan’ menghasilkan ‘Nazi’ Hitler. ‘Ketuanan Kulit Putih’ menghasilkan ‘White Supremacist’ Trump.

“‘Ketuanan Melayu’ sealiran dengan tiga fahaman sesat ini. Tolak Ketuanan bangsa! ‘Kedudukan Istimewa’ bukan ‘Ketuanan’,” tulis beliau.

Mengulas tuduhan itu, Haji Aminuddin dalam satu kenyataan mengingatkan Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan untuk tidak memburuk-burukkan bangsa sendiri hanya kerana ‘mileage’ politik.

Beliau tidak faham faedah Khalid mengeluarkan kenyataan liar sebegini.

“Tidak ada angin, tidak ada ribut. Biasanya apabila duduk saja-saja sambil bosan-bosan semasa cuti dan membuat luahan sebegini datang dari suatu perasaan dan emosi yang menebal dan terpendam lama.

“Apa yang terbuku di dalam Khalid terhadap Ketuanan Melayu sebenarnya? Apakah Khalid merasakan Ketuanan Melayu perlu dihapuskan kerana dianggap ‘sesat’ sebagaimana aliran sesat lain?

“Sejak bila Ketuanan Melayu itu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler dan White Supremacist Trump? Sejak bila orang Melayu memahami Ketuanan Melayu sebegitu rupa?,” soal Haji Aminuddin.

Khamis, 30 Julai 2020

Rayhan Kabir mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia

http://wowberita.my

PUTRAJAYA – Lelaki Bangladesh yang ditahan pihak berkuasa selepas mendakwa kerajaan memberi layanan buruk kepada migran ketika sekatan pergerakan Covid-19 dalam dokumentari Al Jazeera, hari ini memohon maaf kepada kerajaan atas kenyataannya yang mendakwa diskriminasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bercakap kepada wartawan selepas menemui Md Rayhan Kabir, peguam Selvarajaa Chinniah dan Sumitha Shaanthini berkata komen itu hanyalah pandangan peribadi anak guam mereka.

Selvarajaa berkata, Rayhan sedih melihat rakannya “ditahan dan dirantai” dalam serbuan ke atas PATI Mei lalu.

“Dia tidak berniat mendakwa pihak penguatkuasa. Dia ingin pulang untuk bersama keluarganya,” katanya sambil menambah polis sudah mengambil keterangan Rayhan.

Selvarajaa berkata, Rayhan memaklumkan dia dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa sepanjang penahanannya.

“Dia diberikan layan sempurna dengan makanan baik. Katanya dia tiada aduan mengenainya.

“Kami akan menulis surat secara rasmi kepada Jabatan Imigresen mengenai tindakan lanjut mereka dan bila mereka akan menghantarnya pulang,” katanya lagi.

Rayhan ketika ditemubual dalam sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera menerusi program 101 East telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

“Mereka pasang perangkap untuk kami,” katanya dalam laporan bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

Pada 7 Julai lalu, Jabatan Imigresen menyiarkan butiran peribadi Rayhan, selepas gagal mengesannya untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Polis turut memulakan siasatan hasutan ke atas 6 penerbit, juruvideo dan wartawan dokumentari itu yang dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman awal bulan ini.

‘Saya tak buat apa-apa kesalahan pun’ – Md Rayhan

Terdahulu, Md Rayhan menafikan dia melakukan kesalahan jenayah sewaktu ditemubual Al Jazeera berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar The Daily Star di Bangladesh, lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun itu memberitahu dia hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap PATI menerusi program terbitan stesen televisyen antarabangsa itu.

“Saya hanya mahu maruah negara dan migran seperti saya terjamin. Saya yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersama saya dalam isu ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan Md Rayhan yang diburu pihaknya sebelum ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Beliau turut mengesahkan bahawa Md Rayhan akan diusir keluar dan disenaraihitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Md Rayhan menjadi buruan selepas membuat dakwaan tidak berasas kononnya wujud diskriminasi kerajaan Malaysia dalam mengendalikan kes koronavirus (Covid-19) melibatkan warga asing.

Dakwaan itu diterbitkan menerusi sebuah dokumentari oleh Al Jazeera pada 3 Julai lalu dan susulan itu polis turut menyiasat mereka yang terlibat dalam penghasilan dan penyiaran dokumentari tersebut.

Jumaat, 24 Julai 2020

Video TikTok, YouTube tak perlu lesen Finas

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pengguna media sosial bebas memuat naik video seperti biasa tanpa mememerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

“Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Finas ,” katanya.

Katanya perkara itu antara perkara yang dipersetujui kabinet hari ini.

Saifuddin semalam dikritik hebat selepas berkata penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keperluan lesen itu turut terpakai ke atas pihak yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok.

Isu lesen itu muncul selepas kerajaan memutuskan untuk menyiasat sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen selepas menerbitkan dokumentari berkaitan layanan kerajaan terhadap pekerja asing ketika Covid-19.

Sementara itu, kabinet juga, kata Saifuddin Abdullah, memberi komitmen untuk mendukung kebebasan media dan hak kebebasan individu di media sosial serta akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Pindaan itu, katanya lagi, akan mengambil kira situasi semasa.

Saifuddin berkata, pada 20 Jun lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha meminda akta-akta bawah pengawasan kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.

“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Khamis, 23 Julai 2020

Lesen Finas untuk ‘Tik Tok’: Peguam saran Saifuddin dapat pandangan tepat

Pakej rangsangan

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dinasihatkan agar mendapatkan pandangan undang-undang yang tepat berhubung penerbitan bahan-bahan video di media sosial.

Menurut peguam Haniff Khatri, kenyataan Saifuddin bahawa pengguna media sosial perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi adalah salah.

Haniff berkata, Akta Finas 1981 adalah untuk memantau dan meregulasikan bidang perfileman yang merangkumi para penerbit, para pengedar dan para penyiar karya-karya dalam bidang perfileman, samada dalam bentuk filem, iklan mahupun dokumentari, pada ketika itu iaitu 1981.

“Pada ketika itu juga, lazimnya industri perfileman adalah dalam bentuk siaran di panggung wayang mahupun kaca televisyen.

“Belum pun merangkumi siaran melalui mana-mana bentuk media sosial lain yang wujud tatkala kini, iaitu melalui talian internet komputer mahupun telefon bimbit, ataupun apa-apa bentuk alat komunikasi lain yang ada di zaman ini,” kata Haniff.

Jelas beliau, dengan berleluasanya sistem penggunaan komunikasi talian internet maka satu akta khusus lain telahpun digubal iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKTA 588).

Akta tersebut bagi tujuan meregulasi penggunaan sistem multimedia yang merangkumi komunikasi individu melalui talian internet yang kemudiannya memudahkan para individu memuat naik rakaman video peribadi mahupun acara dan aktiviti hiburan peribadi alternatif seperti Instagram dan TikTok.

Datuk Saifuddin Abdullah

Menurut Haniff, sekiranya Saifuddin berhasrat untuk mewujudkan apa-apa sekatan terhadap media sosial di sisi undang-undang maka beliau wajib terlebih dahulu perlu mengusulkan Rang Undang-undang Pindaan sama ada terhadap AKta 244 ataupun Akta 588 ataupun kedua-duanya sekali

“Ianya adalah juga dikhuatiri bahawa dalam kegelojohan Saifuddin untuk mewujudkan keperluan sebarang bentuk “lesen” ataupun “kebenaran” tambahan, selain daripada syarat-syarat yang sedia ada di bawah Akta 588, untuk mana-mana individu melayari sistem komunikasi dan multimedia yang sedia ada, ianya boleh dianggap sebagai usaha Kerajaan untuk mengadakan pembendungan salah hak kebebasan bersuara, iaitu satu bentuk hak asasi yang dijamin dan dipelihara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” jelas Haniff.

Saifuddin dalam Dewan Rakyat hari ini menegaskan, semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem masing-masing sama ada di platform media sosial atau saluran tradisi.

Beliau berkata, keperluan berbuat demikian merangkumi semua yang terbabit dalam penerbitan penggambaran, tidak kira sama ada mereka dari agensi media arus perdana atau pun media personal.

Saifuddin berkata, merujuk kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 Seksyen 22 (1), tiada seseorang pun boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Seksyen 21 (1) melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian,“ katanya di Dewan Rakyat, hari ini.-SM


'Rakaman TikTok, Instagram juga perlu lesen Finas'

Malaysiakini

PARLIMEN l Segala bentuk penggambaran memerlukan lesen Finas, termasuk rakaman media sosial peribadi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Ditanya adakah keperluan lesen itu turut diterpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, beliau berkata semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.

“Penerbit filem, wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media personal yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” kata Saifuddin semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Akta Finas merujuk filem sebagai sebarang bahan yang dirakamkan termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.

Menurut laman web Finas, unuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Saiifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang) yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau tradisional.

Menjawap soalan tambahan, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang bertanya adakah Youtuber Dustin Pfundheller yang mengeluarkan video bagi membalas dokumentari kontroversi Al-Jazeera mempunyai lesen Finas, Saifuddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan jika ada aduan, tindakan akan diambil.

Lesen Finas mencuri tumpuan susulan keputusan kerajaan untuk menyiasat sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen untuk menghasilkan dokumentari ataupun tidak.

Ini selepas media yang berpengkalan di Qatar itu yang menerbitkan dokumentari "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mendedahkan layanan kerajaan terhadap warga asing tanpa dokumen ketika Malaysia berindak membasmi wabak Covid-19 di negara ini.

Ini mendatangkan kemarahan kepada Putrajaya yang mengecam dokumentari itu dan menyifatkannya sebagai berat sebelah. Pihak polis pula menyoal siasat pemberita yang terlibat dalam dokumentari tersebut sementara Jabatan Imigresen mula memburu warga asing yang ditemu bual dalam video tersebut.

Al Jazeera: Program 101 East bukan dalam kategori filem perlu lesen Finas

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pengurusan agensi berita antarabangsa Al-Jazeera menegaskan hari ini bahawa program mingguan '101 East' tidak memerlukan lesen dari Perbadanan Pembangunan Filem Nasional (Finas) sebelum dihasilkan.

Ini kerana, katanya, program berkenaan bukan dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

"Al Jazeera menegaskan bahawa, menurut definisi Finas sendiri, program hal ehwal semasa mingguan 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen," kata pasukan perhubungan awam Al-Jazeera di Twitter.

Kenyataan itu juga berkongsi mesej dari pengarah urusan Al Jazeera bahasa Inggeris, Giles Trendle yang membantah percubaan pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui sama ada episod kontroversinya yang bertajuk "Locked Up in Malaysia's Lockdown" dilesenkan oleh Finas sebelum dihasilkan.

"Kerana tidak dapat mempertikaikan integriti kewartawanan kami, kami yakin pihak berkuasa kini berusaha melakukan tuntutan baru ini dengan mendakwa kami tidak memiliki lesen yang wajar," kata Giles.

"Kami tidak percaya ini adalah hujah yang boleh diterima.

"Malah, kami percaya ia bertentangan dengan garis panduan yang diterbitkan sendiri oleh pihak berkuasa," kata Giles lagi.

Finas pada hari Isnin mengatakan bahawa siasatan awalnya mendapati bahawa Al Jazeera tidak mempunyai lesen yang diperlukan untuk menghasilkan dokumentari berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengatakan kementeriannya akan menyemak sama ada dokumentari itu dilesenkan oleh Finas sebelum dihasilkan.

Beberapa pakar sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa penguatkuasaan Seksyen 22 (1) Akta Finas 1981 mengenai syarat pelesenan boleh memberi implikasi yang luas kerana definisi filemnya yang luas.

Subseksyen berikutnya menyatakan bahawa lesen boleh ditolak tanpa alasan yang diberikan dan pelanggaran boleh mengakibatkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Awal bulan ini, Al-Jazeera telah mengeluarkan dokumentari berdurasi 25 minit yang mengecam layanan terhadap warga asing tanpa dokumen ketika Malaysia mengambil langkah mengatasi wabak Covid-19 di negara ini.

Putrajaya mengecam dokumentari itu dan menyifatkannya sebagai berat sebelah.

Polis sebelum ini mengesahkan akan memanggil beberapa pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengesahkan beberapa perkara dari segi kelulusan dan kebenaran yang diberikan dalam penghasilan dokumentari tersebut.

Selasa, 21 Julai 2020

Amaran Tok Mat kepada Utusan: Lakukan kerja kewartawanan tulen

UTUSAN

AKHBAR Utusan Malaysia yang kembali diterbitkan semalam perlu belajar daripada zaman kejatuhannya dengan melakukan kerja kewartawanan yang tulen, benar, ikhlas dan meyakinkan.

Itu amaran Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan kepada akhbar berbahasa Melayu itu yang sebelum ini penerbitannya telah dihentikan sejak Oktober tahun lalu kerana dibelenggu masalah kewangan.

UTUSAN
MOHAMAD HASAN

Mohamad berkata, semua pekerja dan pengurusan tertinggi akhbar itu hanya mempunyai satu pilihan iaitu bangkit membawa kewartanan yang sebenar-benarnya.

“Kepada semua pekerja Utusan Malaysia dan pengurusan tertingginya, anda semua hanya ada satu pilihan. Iaitu melakukan kerja kewartawanan yang tulen, benar, ikhlas dan meyakinkan.

“Jika anda gagal melakukannya, maka Utusan Malaysia tidak akan menjadi kebangkitan baru yang berjaya. Maka lakukanlah tugas kewartawanan yang sebenar-benarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat negara ini mengimpikan Washington Post atau New York Times ala Malaysia.

“Ia bukan sahaja menjadi jurucakap kepada rakyat Amerika, tetapi suara masyarakat global yang sangat dihormati,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan selamat kembali kepada  Utusan Malaysia yang kemunculan semula  itu dianggap momen yang paling membahagiakan.

“Semoga kemunculan Utusan Malaysia kali ini membawa bersamanya ideal pencerahan yang sangat diperlukan oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.


“Yusuf Ishak dan Rahim Kajai mengasaskan Utusan Melayu untuk menjadi suara yang bebas dan berani dalam mewakili nurani dan pemikiran bangsa Melayu. Ia tidak pernah diasaskan untuk menjadi jurucakap mana-mana parti politik.

“Justeru, Utusan Malaysia dengan kebangkitan semulanya, mesti kembali kepada ideal asal penubuhannya, iaitu kewartawanan berwibawa. Hanya itu jalan terbaik untuk masa depan untuknya.

“Ia mesti menjadi jurucakap bangsa Melayu dan bukan jurucakap mana-mana pergerakan politik. Perjuangkan kemaslahatan sebenar bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, tanpa berpihak.

“Beroperasilah dengan model dan pemikiran sezaman dan jangan lagi menjadi institusi feudal yang pegun dengan segala perubahan deras di sekeliling.

“Hanya menjadi pelapor kepada peristiwa dan berita tidak mencukupi. Tugas itu telah diambil alih oleh media social.Utusan mesti menjadi tonggak kepada pengukuhan demokrasi dengan melakukan fungsi semak dan imbang dengan lebih radikal dan konstruktif.

“Ia mesti melaporkan kebenaran walau apa pun harganya. Dan ia mesti menjadi pencetus kepada pemikiran baru, analisis yang jitu dan sahih, serta pencerahan kepada pelbagai krisis nasional dan antarabangsa.

“Namun tanggungjawab akhbar ini membangun tanahair ini bukan sekadar mejadi jurucakap orang Melayu. Utusan mesti mengimbangi peranannya dalam kemajmukan Malaysia. Lalu jadilah suara untuk semua dan bukan sekadar bangsa Melayu.

“Kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa, bacalah Utusan Malaysia untuk memahami pemikiran bangsa Melayu dan bagaimana ia mentafsirkan sesuatu isu dari perpektif berbangsa dan bernegara. Selagi anda tidak memahami pemikiran bangsa Melayu, selagi itu anda akan terus terbelenggu dengan pemikiran sempit tentang kemajmukan Malaysia.

“Semua kita mesti mengambil tanggungjawab untuk mendukung Utusan Malaysia menjadi akhbar yang moden, bebas dan bermutu. Kebebasan akhbar adalah sangat penting untuk demokrasi Malaysia menjadi matang dan berwibawa. Tanpa akhbar yang bebas, Malaysia tidak mungkin akan menjadi sebuah masyarakat yang maju,” katanya. – SM

Terus terbitkan bahan berita terbaik – Sultan Selangor

Oleh Media Mulia

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan membaca Utusan Malaysia yang diterbitkan semula hari ini di Istana Alam Shah, Klang, semalam.

BETA berkenan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang kembali berada di pasaran hari ini.

Beta berasa gembira kerana sememangnya telah sekian lama akhbar Utusan Malaysia khususnya, menjadi pilihan Baginda untuk mendapatkan informasi terkini dan rencana-rencana yang mutakhir.

Beta berharap akhbar Utusan Malaysia akan terus menerbitkan bahan berita yang baik serta mampu menyatukan dan menyemarakkan semangat dalam kalangan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Ambil iktibar kelemahan dahulu – Sultan Perak

Oleh Media Mulia

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah mahu Utusan Malaysia baharu terus melangkah ke hadapan menghadapi cabaran baharu. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

WARGA Malaysia khususnya masyarakat Melayu merasakan satu kehilangan besar apabila Utusan Malaysia dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019. Alhamdulillah, hari ini, 28 Zulkaedah 1441 bersamaan 20 Julai 2020, Utusan Malaysia berjaya diterbitkan semula.

Utusan Malaysia diasaskan dengan penerbitan sulung pada 1 September 1967, hasil daripada gelombang kebangkitan semangat kebangsaan Melayu yang benihnya mula tersemai dalam rahim syarikat Utusan Melayu yang ditubuhkan di Singapura pada tahun 1938.

Syarikat Utusan Melayu yang diasaskan penubuhannya pada 1938 oleh Yusof Ishak, seorang anak muda daripada keluarga elit di Perak, telah berjaya menerbitkan akhbar Utusan Melayu (akhbar berbahasa Melayu bertulisan jawi) pada 29 Mei 1939.

Utusan Malaysia dan syarikat Utusan Melayu ialah pusaka bangsa yang sarat dengan sejarah perjuangan, merupakan khazanah berharga bangsa yang pernah mencipta dan berada di puncak kegemilangan dalam dunia persuratkhabaran tanah air.

Melangkah ke hadapan, Utusan Malaysia menghadapi cabaran besar untuk membantu memupuk semangat kenegaraan dan membina warga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang agama, kaum, budaya dan bahasa, dapat hidup secara rukun lagi harmoni, saling menghormati dan saling memahami, dalam semangat bersama meskipun ada kelainan, bersatu meskipun ada kepelbagaian, selaras dengan cogan yang termaktub dalam jata negara; Bersekutu Bertambah Mutu.

Semoga Allah SWT melimpahkan panduan kepada para pendukung dan para petugas Utusan Malaysia mengambil iktibar kelemahan masa dahulu dalam usaha membina kekuatan masa hadapan.