Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan subsidi RM37 bilion dan agihan BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terrahulu adalah satu pembaziran.
Beliau berkata pemberian seperti BR1M tidak mampu memberikan kebaikan jangka masa panjang kepada rakyat.
Menurutnya, wang itu boleh dibelanjakan dengan lebih baik sekiranya disalurkan kepada dana pelaburan.
Daim berkata hasil tersebut boleh diagihkan kepada golongan miskin sebagai pendapatan asas bulanan yang lebih bermanfaat berbanding bayaran “one-off”.
“Setiap tahun, wang dibazirkan, dalam masa sama situasi tetap sama.
“Jika kita melabur dengan baik, saya fikir ada pendapatan yang cukup untuk menjamin keperluan golongan ini,” kata Daim memetik kenyataan media pada Isnin.
Menurut bekas menteri kewangan itu lagi, dasar kerajaan baru tertumpu kepada usaha mewujudkan perkembangan lestari dan inklusif di mana peluang meningkatkan ekonomi terbuka pada masa yang sama memelihara kebajikan golongan yang memerlukan.
“Tak ada guna kata pendapatan tinggi apabila 7 juta bergantung pada BR1M.
“Apa yang kita mahu adalah sebuah negara maju yang mana semua orang mempunyai peluang meningkatkan ekonomi mereka.
“Ini memerlukan pengenalan dasar-dasar yang menggalakkan perniagaan dalam masa sama memastikan kebajikan rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan